Wednesday, 4 January 2012

Pelakon muda kaki clubbing

KALAU nak disebut nama seorang pelakon baru ini, BP rasa memang masih ramai yang menggaru kepala sebab namanya tidaklah popular mana. Tapi kalau diletak dengan gambar, rasanya ramai juga sudah kenal dengan wajahnya.
Orangnya memang cantik, tinggi lampai dengan se–nyuman yang manis. BP pun pernah juga menemu bualnya sebelum ini ketika dia sibuk mempromosikan filem sulungnya tidak lama dulu. Memang berbudi bahasa dan orangnya bijak mengambil hati.
Tapi BP sedikit kesal apabila diberitahu seorang teman yang sebenarnya si pelakon muda tadi sebenarnya seorang yang liar dan pandai menyorok sikap nakalnya.

Khabarnya si pelakon yang turut pernah muncul dalam beberapa drama televisyen ini sebenarnya seorang yang gemar berparti dan ‘kaki clubbing’ kata orang sekarang. Bukan main lagi gelagatnya yang ditemui teman BP di sebuah kelab hiburan di tengah bandar raya Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tapi kata teman BP tadi lagi, si pelakon tadi memang sudah selalu kelihatan di pusat hiburan itu dengan teman-temannya. Yang BP kesalkan kerana si pelakon cantik tadi sebenarnya masih lagi bersekolah. Cuma perwatakan dan wajahnya tampak matang sedangkan masih lagi memakai seragam sekolah.

Lebih mengejutkan, si pelakon yang tidak lama lagi akan menduduki peperiksaan penting tadi sering kali dilihat bersama seorang lelaki matang yang memandu kereta mewah apabila tiba di pusat hiburan itu.

Rasanya kata teman BP tadi, lelaki ‘kaya’ itu adalah skandalnya kerana mustahil ibu dan keluarga di pelakon tadi membenarkan dia berhubungan dengan lelaki berusia.

Bukan setakat berparti, tapi si pelakon tadi memang ‘kaki tunggang arak’ juga khabarnya. Bak kata teman BP, memang meja si pelakon tadi di dalam kelab penuh dengan minuman keras. Tanpa segan-silu si pelakon itu minum di khalayak ramai kononnya menyedari yang dirinya tidak dikenali.

Memang lagaknya tidak seperti budak sekolah dan orang Islam kalau datang pusat hiburan itu. Dengan selamba bercumbuan bersama kekasih berusia tadi.

BP memang sedih mendengar cerita teman tadi kerana kawan-kawan BP di meja hiburan banyak kali memuji sikap si pelakon tadi yang cukup menyenangkan. Tapi sayang, awal sungguh dia terjerumus ke kancah negatif seperti ini.

Bimbang belum sempat membina nama, perangai dan sikap buruknya pula yang akan menenggelamkan bakatnya sendiri.

BP harap si pelakon muda ini akan sedar dan tidak lagi memperjudikan masa depannya semudah itu lebih-lebih lagi pada usia yang begitu muda. Biarlah pengajian itu sudah dulu sebelum sibuk ingin mengikuti jejak selebriti lain yang gemar bersosial seperti ini.

No comments:

Post a Comment