Tuesday, 24 January 2012

(GAMBAR)Serina Dan Bayi Kedua, Isabella Saffiya

Semalam, Dato’ Chef Wan telah mengumumkan yang anak perempuan beliau, Serina telah selamat melahirkan bayi keduanya yang diberi nama Isabella Saffiya. Isabella ialah anak Serina hasil perkahwinannya dengan Gavin O’ Luanaigh.


Isabella dilahirkan dengan cara normal seberat 3.3 kg. Kredit gambar Twitter Serina.

Abby Tetap Sayang Zul

Maaf diucapkan kerana bersempena cuti tahun baru cina ini, kami tak dapat kemaskini gosip seperti biasa kerana masalah Internet yang tidak stabil bila berada di kawasan pekan yang kecil. Bagaimanapun ,untuk malam ini kami ingin menulis tentang Abby Abadi. Zul Ariffin telah menerima pelbagai kritikan beberapa hari lepas kerana mengatakan yang beliau ‘tidak ingat’ Abby Abadi, tetapi Abby telah menulis di blognya yang dia tetap sayangkan Zul.


Melalui blognya, Abby telah menulis yang dia tetap menganggap Zul mempunyai hati yang baik dan dia tetap menghargai kenangan mereka bersama, tetapi menurutnya terdapat beberapa faktor yang menyebabkan mereka berdua tidak dapat bersama tetapi tidak dinamakan.
Jangan ada Dendam, Jangan ada Benci… Ok? Sy nk Awk tahu, Sy bukan nakkan perhatian.. simpati jauh sekali! Sy menulis dgn niat. Pertama, utk jelaskan keadaan. Keduanya, biar jd ‘kenangan terindah’ dlm blog Sy neh. Ajal dtg tak mengira usia kan? Andaikatalah Sy pergi dulu sebelum Awk, buleh la Awk selalu baca celoteh2 Sy neh utk buat Awk terus ingat pd Sy. Lupa jer baca, baca jer lupa.. Hehe.. ( sayu sebenarnya dlm hati neh…:,) huhu.. Masih berkesempatan utk Sy mohon maaf pd Awkkan? Bulehkan Maafkan Sy dr hujung rambut sampai hujung kaki? Maaf sgt2 sbb tak sempurna utk jd pasangan Awk smpai renyuk2,… hukhukhuk…..
Anyway, sebenarnya kami menulis entri ini supaya umum berhenti memberikan kritikan melampau pada Zul berhubung itu. Kalau Abby sendiri tidak menganggap ada apa-apa yang kurang dengan perhubungan mereka malah ingin merakamkan detik kenangan bersamanya, sudah tentu dia orang yang hebat juga bukan? Pendek kata, pada masa Abby mengalami masalah dulu, Zul juga telah membantu merawat lukanya. Akhir kata, seperti Abby, kami rasa gembira yang perhubungannya dengan Zul berakhir dengan indah.

Monday, 23 January 2012

(TAHNIAH)Serina Chef Wan Selamat Lahirkan Anak Kedua, Isabella Nama Diberi

Nampaknya selebriti pertama yang mendapat anak di Tahun Naga ini jatuh kepada Serina Chef Wan. Sebentar tadi ayah Serina, Chef Wan telah pun mengupdate status Facebooknya dengan memberikan khabar gembira tentang kelahiran cucu keduanya yang diberi nama Isabella.


Isabella dilahirkan secara normal dengan berat 3.3 kg. BP dapat merasakan keterujaan Chef Wan apabila membaca status updatenya di Facebook.
gambar anak kedua serina chef wan
Jutaan tahniah kepada Serina, Gavin dan Chef Wan atas kelahiran permata baru ini.

Sunday, 22 January 2012

Stacy jaja kontroversi ker?

Panjangnya isu Stacy batalkan sesi fotografi dengan sebuah majalah tu.

Selepas muncul dalam akhbar mingguan dan harian, Stacy turut mengulasnya dalam program Melodi di TV3.

Kepada pihak media Stacy kata dia terpaksa batalkan fotografi pada saat akhir sebab sakit.

Nak buat macam mana kalau dah sakit kan? Tak tahulah alasan semata-mata atau dia benar- benar sakit.

BP nampak cara Stacy menangani isu itu tak betul. Pasal apa BP kata gitu?

Stacy ada janji dengan wartawan tu untuk memenuhi permintaan buat fotografi bila dia dah ada masa.

Tapi yang buatkan BP rasa pelik tu, bila isu itu dibangkitkan, pandai pula pihak pengurusan dia cari wartawan dan aturkan sesi fotografi.

Tapi bukan dengan wartawan yang dia buat hal sebanyak tiga kali tu,tapi dengan media lain yang mulakan gosip pasal disiplin dia. Boleh macam tu?

Pada BP, Stacy patut selesaikan urusan dengan wartawan pertama tadi kalau benarlah dia masih mahu dimuatkan dalam majalah tempat wartawan tu bertugas. Tak tahulah pulak kalau dia memang tak mahu lagi muncul dalam majalah tu dengan mencipta beribu alasan.

Hanya Stacy yang tahu apa dalam hatinya. Setahu BP pihak Stacy belum lagi mengotakan janji untuk mengaturkan semula sesi yang dah tiga kali tertangguh tu. Apa kes ni?

BP : Masak dah dengan kerenah artis lupa diri dalam industri hiburan ni.

Saturday, 21 January 2012

Azean Irdawaty Tidak Meninggal Dunia, Berhenti Sebarkan Khabar Angin Palsu

Selepas Izwan Pilus meninggal dunia semalam, hari ini kita dikejutkan sekali lagi dengan khabar angin pemergian Azean Irdawaty. Khabar angin palsu ini tersebar pantas di medium Twitter. Akhirnya anak Azean Irdawaty tampil membuat kenyataan yang ibunya masih hidup dan sihat walafiat.

azean irdawaty tidak meninggal dunia
Jadi kepada anda semua yang membaca, Azean Irdawaty tidak meninggal dunia seperti yang disebarkan. Dia masih sihat. Malah anaknya sempat mengupload gambar Azean Irdawaty memegang limau mandarin.

azean irdawaty tidak meninggal dunia
Semoga berita palsu tentang kematian Azean Irdawaty dapat dihentikan.

Friday, 20 January 2012

Aaron ada peminat kalangan VIP


Gara-gara filem Ombak Rindu, heronya Aaron Aziz menambah kumpulan peminat. Kalau selama ini anak dara meminatinya kerana tampan, Ombak Rindu membuatkan golongan VIP turut menggemari lakonannya.

Ada yang sanggup menonton Ombak Rindu berulang kali kerana pengaruh Aaron dalam filem itu. Tak cukup di panggung, mereka turut melanggan filem itu di Astro First.

Baru-baru ini sekembali dari Jepun kerana urusan kerja Aaron dan isteri yang merangkap pengurusnya, Diyana sempat meluangkan masa makan malam dengan sekumpulan wanita VIP yang kini menjadi peminat Ombak Rindu.

Makan malam di sebuah hotel terkemuka itu di hoskan oleh Datuk Paduka Toh Puan Seri Di Raja Noor Aini Abdullah yang turut dihadiri beberapa ahli keluarga dan kenalan rapat. Aaron memenuhi undangan itu demi menghormati peminatnya.

"Aaron sangat mesra dengan peminat barunya itu walaupun itulah kali pertama mereka bertemu. Saya rasa mereka seolah-olah sudah kenal lama. Saya perhatikan Aaron tak berkira untuk meluangkan masa bersama peminat.

"Caranya membuatkan orang semakin menyukainya. Aaron dan isteri sangat ramah bersama peminat walaupun sebenarnya dia mungkin kepenatan kerana baru pulang dari luar negara. Saya nampak dia seorang yang profesional," kata Iskandar yang mengatur undangan makan malam tersebut.

Aaron Aziz
Difahamkan hos dan tetamu bukanlah peminat fanatik Aaron Aziz sebelum ini. Malah mereka tidak mengikuti perkembangan Aaron. Tapi dek penangan Ombak Rindu, mereka mula nampak bakat besar pelakon kacak itu.

Malah topik pasal penangan Ombak Rindu antara yang dibualkan malam itu. Ada yang membuka cerita pasal kesanggupan mereka menonton filem arahan Osman Ali itu berkali-kali. Lebih manis mereka menonton bersama suami masing-masing.

Izwan Pilus Meninggal Dunia, Al-Fatihah

Terkejut Abang Nara mendengar berita ini. Izwan Pilus sudah pun meninggal dunia kira-kira jam 6.15 petang tadi. Berita ini telah disampaikan oleh adiknya Aril AF menerusi Twitter sebentar tadi.
izwan pilus meninggal dunia

Izwan Pilus dilahirkan pada 24 November 1979. Punca pemergian masih tidak dapat dikenalpasti. Semoga roh Izwan Pilus ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepadanya. Al-Fatihah.

Update 1: Di bawah ialah tweet terakhir daripada Allahyarham.

izwan pilus meninggal dunia

Update 2: Daripada beberapa sumber, punca kematian Allahyarham ialah jangkitan kuman pada paru-paru atau jangkitan kuman pada darah (salah satu daripadanya). Nanti akan diupdate lagi untuk kesahihan sepenuhnya.

Update 3: Allahyarham meninggal dunia di Hospital Ampang.

Update 4: Jenazah Allahyarham dijangka di bawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka untuk dikebumikan.

Update 5: Pada awal Disember lalu, Allahyarham dan adiknya (Aril AF) pernah dimasukkan ke hospital kerana demam panas berpanjangan

Update 6: Gambar di bawah dikatakan gambar terakhir Allahyarham. Sejuk mata memandang.

izwan pilus meninggal dunia
Apa-apa pun, sedekahkan Al-Fatihah dan doakan agar rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin~~

Awie Disantau



Awie Disantau, itulah cerita terbaru yang BikinPanas dengar. Santau yang dikenali sebagai santau tuju-tuju itu telah menyebabkan Awie mengalami kejadian pelik seperti muntah jarum dan bulu ayam. Keadaan ini mula awie sedari beberapa tahun yang lalu. Usahanya mendapatkan rawatan moden tidak mampu memulihkan kesihatannya. Setelah mendengar saranan rakan-rakan, dia telah menjalani rawatan secara tradisional. Sewaktu menjalani rawatan tradisional, beberapa jarum halus dan bulu ayam keluar dari badannya. Awie sendiri terkejut dengan perkara ini. Ok, BikinPanas tak nak komen lebih-lebih.

Aaron Aziz Dan Neelofa Di Muka Hadapan Media Hiburan Terbaru

Sebetulnya, BP meminati gandingan ini sejak mereka berlakon bersama dalam drama arahan Heykal Hanifah, Jiwa dan Lara yang disiarkan beberapa bulan dahulu di TV3. Jadi BP berpendapat cover Media Hiburan (MH) kali ini memang menarik habis. Walau bagaimanapun, kami masih ingat satu ketika dahulu Media Hiburan (sekitar akhir 90′an dan awal 2000′an) lebih banyak memberikan ruang pada selebriti muka hadapan untuk menonjol. Bukan apa, kami rasakan snippet berita di bahagian kiri dan bawah itu menyebabkan muka hadapan MH nampak crowded (bekas pembeli tegar majalah MH).


Cerita terbaru, Neelofa telah hadir ke konsert Awie dan Ella di Istana Budaya baru-baru ini bersama Hans Isaac manakala Aaron pula telah ke Jepun bersama isterinya. Harap-harap dapat melihat gandingan mereka ini di filem pula. Dengan populariti Aaron dan faktor X Neelofa, pasti meletup.

Wednesday, 18 January 2012

Ugut Bunuh Ummi Hafilda, Azwan Ali Mohon Maaf

AZWAN ALI UGUT BUNUH UMMI HAFILDA

Disebabkan kesibukan yang melampau, kami tidak sempat melaporkan berita mengenai isu Azwan Ali membuat kenyataan yang bersifat ugutan terhadap adiknya, Ummi Hafilda melalui Twitter pada hari Jumaat minggu lepas (13 Januari 2012). Buat anda yang masih tidak tahu, kenyataan Azwan Ali melalui Twitter’nya itu berbunyi “Slm. Let’s CEKUP juga si BETINA NERAKA Ummi kasi REJAM hidup hidup ! Bako mayat diaaaaaa“.

Disebabkan kemaskini Twitter Azwan Ali yang disifatkan sebagai suatu ugutan yang mengancam keselamatan dan nyawa itu, Ummi Hafilda segera membuat laporan polis pada hari yang sama di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail (TTDI). Susulan laporan yang dibuat oleh Ummi Hafilda itu, pihak polis menahan Azwan Ali bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Difahamkan, berdasarkan keterangan yang diambil daripada Azwan Ali, dia mendakwa ugutan itu dibuat atas arahan abangnya, Azmin Ali dan polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kandungan Twitter berkenaan. Turut difahamkan, pihak polis juga telah memanggil beberapa individu lain antaranya Azmin, isteri beliau, Shamsidar Tahrin dan ibu mereka bagi membantu siasatan. Azwan Ali dibebaskan dengan jaminan polis.

Hari ini, melalui satu sidang media yang dibuat, Azwan Ali memohon maaf secara terbuka terhadap Ummi Hafilda ekoran tindakannya itu termasuk membuat pengakuan bersumpah tidak akan mengulangi perbuatan tersebut. Dalam sidang media itu juga, Azwan Ali turut memohon maaf secara terbuka kepada para pemimpin politik dan para artis yang tersinggung dengan mesej Twitter’nya selama ini.

Seperti kata Azwan Ali pada sidang media tersebut:-
“Saya melakukan akuan bersumpah ini kerana saya akui yang saya terkhilaf dan kerana bersandarkan hasil hasutan-hasutan yang tidak… sidang media ini adalah untuk jernihkan keadaan.
“Sebagai abang, dia (Ummi) bukan wanita keji. Saya mohon maaf kepada Ummi juga kerana tuntutan ibu yang tabah menghadapi dugaan kerana pergolakan anak-anak. Saya janji akan tunaikan lafaz yang dibaca mulai 17 haribulan,”

Dikhabarkan kesan daripada perbuatannya itu, Azwan Ali bakal disenarai hitamkan oleh stesen TV tempatan. Yang pasti, satu ‘mimpi ngeri’ bagi dirinya yang memang terlibat secara langsung dalam dunia hiburan. Semoga apa yang berlaku menjadi iktibar pada Azwan Ali agar tidak mengulangi kesalahan yang sama di masa akan datang, itu pun kalau dia tidak ‘lupa’ tentang apa yang terjadi sebelum ini

Monday, 16 January 2012

Program Raja Lawak Musim Ke-6


Raja Lawak musim ke-6 telah memulakan siarannya pada hari jumaat.
Program ini dihoskan oleh Zizan dan Johan. Barisan juri pula dianggotai oleh David Teo, Sathia dan Sheila Rusly.
Tenaga pengajar pula diketuai oleh Ahmad Idham dan dibantu oleh Tauke, Yus dan Angah.

Berikut Senarai Peserta Raja Lawak Musim 6:-
Zero
Shiro
Skema
Kodan
Cuit
Selak
Gman
Albob
King
Ketupat
2yol
Riki

Tidak ada penyingkiran pada minggu pertama. BikinPanas tidak sabar menyaksikan persembahan seterusnya dari peserta-peserta Raja Lawak

Sunday, 15 January 2012

Rumah Tangga Rita Rudaini Goyah Lagi, Aidil Kini Keluar Dari Rumah

Membaca tulisan Raja Nurfatimah Mawar di dalam BiPop hari ini menyebabkan BP rasa kasihan yang amat kepada Rita Rudaini. Kebahagiaan yang ingin dikecapi nampaknya tidak berjaya dicapai lagi. Kata orang, kusangkakan panas sehingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Banyak sungguh dugaan yang menimpa insan bernama Rita Rudaini ini.

rita rudaini

Alkisahnya, Aidil Zafuan, suami kepada Rita Rudaini sudah pun keluar daripada rumah sejak seminggu yang lalu. Puncanya apabila Zaquan dan Ayu Raudhah menghantar Aidil untuk mengangkut kesemua barangnya sehingga tiada apa-apa lagi ketika Rita dan anak-anak pulang ke kampung. Kata Rita:-
Saya tidak faham kenapa mereka tidak sudah-sudah mahu mencari pasal dengan saya. Rumah tangga kami sudah aman dan bahagia selama lapan bulan sejak saya memberi peluang kepada Aidil selepas apa yang berlaku dulu. Tapi, belum sempat menarik nafas lega, timbul pula musibah lain apabila Zaquan dan Ayu mencari pasal hingga kami bergaduh menerusi Twitter. Saya pelik kenapa Zaquan naik hantu apabila saya cakap ‘tak kisah mak mentua sayang atau tidak’, itu perbualan saya dengan peminat. Saya tidak menyentuh sesiapa pun, jauh sekali mahu memburukkan mentua. Tapi, Zaquan tiba-tiba menyampuk dalam Twitternya ‘memang tak kisah mak mentua tak sayang sebab rumah mak mentua pun tidak pernah balik. Jangan cari pasal la… Makin lama makin melampau’.
Rita Rudaini ternyata kecewa apabila insiden peperangan menerusi Twitter ini berlaku sehingga membuatkan dia terasa seperti maruah dirinya dipijak-pijak. Kata Rita lagi:-
Saya rasa maruah saya seperti dipijak-pijak. Apabila saya membongkar rahsia bersama seorang wanita sebelum berkahwin dulu, dia mendakwa saya menyebarkan fitnah. Seperti mana mengaibkan saya, dia juga tidak akan terlepas daripada dimalukan. Fitnah atau sebaliknya, saya rasa Zaquan dan adik beradiknya tahu. Saya akui tidak pernah berbaik jauh sekali nak bercakap dengan Zaquan mahupun Ayu. Saya tidak faham kenapa Zaquan menggunakan Twitter untuk menyerang saya. Kalau tidak berpuas hati, kenapa tidak menghantar SMS? Zaquan seolah-olah membuka pekung di dada. Secara tidak langsung mengheret keluarganya sekali dalam pertelingkahan ini. Orang luar menilai baik keluarga kami. Tapi saya nak menegaskan saya tidak memulakannya.
Yang penting, Rita Rudaini tidak menuduh semborongan apabila CCTV menjadi saksi kehadiran Zaquan dan Ayu Raudhah untuk membantu Aidil mengangkut barang-barangnya termasuk motosikal. Dan Rita melahirkan rasa kekecewaannya kerana campur tangan daripada Zaquan dan Ayu di dalam hal rumahtangganya:-
Sampai tahap itu Zaquan dan Ayu mahu melihat kemusnahan rumah tangga saya. Mereka tidak fikir, Aidil meninggalkan anak-anak yang masih kecil? Sanggup mereka nak memutuskan kasih sayang bapa dan anak-anak. Mereka tidak seharusnya campur tangan, Aidil sudah cukup matang dan boleh berfikir baik buruk tindakannya. Saya kesal, perbuatan Zaquan dan Ayu menjadi batu api dalam menghuru-harakan rumah tangga saya.
BP paling sedih apabila membaca kata-kata Rita di bawah yang seolah-olah pasrah jika jodohnya tidak lagi bersama Aidil:-
Jujurnya, saya sudah letih, saya tidak kisah lagi apa yang berlaku selepas ini. Syukur jika jodoh antara saya dan Aidil masih panjang, jika berlaku sebaliknya, saya pasrah. Saya hanya ingin membesarkan anak-anak dengan didikan sempurna. Biarlah saya susah asalkan anak-anak bahagia.
BP tak tahu nak cakap apa dan tak tahu siapa yang berada di pihak yang benar. Semoga perselisihan faham antara Rita, Aidil, Zaquan dan Ayu Raudhah dapat diselesaikan secepat mungkin. Bukan apa, impak yang paling besar pastinya kepada anak-anak sekiranya perpisahan terjadi. Semoga penceraian antara mereka berdua dapat dijauhkan.

Friday, 13 January 2012

Rumah Wardina Dirompak


Baru-baru ini, rumah Wardina dirompak oleh 3 perompak pada jam 3 pagi.

Perompak itu telah mengumpil pintu belakang rumah. Dalam kejadian itu, hanya Wardina, suami, 3 anak dan seorang pembantu rumah berada di rumah itu.

Apabila perompak memasuki rumah mereka telah dikumpulkan di bilik tidur utama. Walaubagaimanapun, hanya suaminya yang diikat oleh perompak. Dianggarkan jumlah kerugian ialah RM20,000 apabila 5 laptop, 4 handphone, cincin emas dan wang tunai RM200 berjaya dilarikan perompak.

Selain itu, kunci kereta juga telah dicuri. Setelah perompak itu lari, mereka telah membuat laporan polis di Balai Polis Hulu Kelang pada jam 4.30 pagi.

Perkahwinan Kali Kedua Hattan Musnah, Sah Bercerai

HATTAN DAN FARAH BERCERAI

Desas-desus mengenai pergolakan rumah tangga Hattan dan isteri yang baru dinikahinya November lalu akhirnya terjawab apabila mereka disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, semalam.

Hattan atau nama penuhnya, Mohd Shukri Shahabuddin, 48, melafazkan talak satu di hadapan Hakim Abdul Rashid Ramli, sekitar jam 11.30 pagi, semalam.

Hattan hadir bersama pasangannya, Farah Asyikin Othman, 34, untuk memfailkan perceraian dan memohon dibicarakan pada hari sama. Difahamkan, penceraian itu berlangsung dengan baik dan dipersetujui bersama.

Thursday, 12 January 2012

Gaya Remaja Rozita Che Wan Di Majlis Ulang Tahun Pelakon Ryzal Jaafar

Pelakon ini kelihatan semakin melaram sejak kebelakangan ini. Orang kata hati kena muda sentiasa gittteeww. Menurut Mangga Online, Rozita Che Wan telah tampil dengan apa yang kami panggil ‘gaya remaja’ di majlis ulangtahun kelahiran seorang pelakon bernama Ryzal Jaafar di sebuah kelab baru-baru ini. Sekali pandang tak ubah seperti pakaian anggota kumpulan wanita K-pop.




Sebenarnya riak wajah Cik Ta hampir sama saja di kebanyakan gambar. Masa dia mengacara pun riak wajahnya begitu juga. Mungkin atas sebab itu beliau sering tampil dengan gaya berbeza di kebanyakan acara kot? Tapi tak nampak pula kelibat Zain Saidin di majlis ini, mungkin ada tapi tiada di gambar atau mungkin dia sedang sibuk. Apa-apa pun gaun remaja Cik Ta memang cantik, kan? Kan? Kan? Iyokan yolahh. Har har har.

Gossip Perkahwinan Farid Kamil Dan Diana Danielle


Cerita terbaru yang BikinPanas dengar, Farid Kamil dan Diana Danielle bakal berkahwin tahun ini.

BikinPanas pun menyiasatnya dan ternyata ianya gossip semata-mata. Kata Diana Danielle, mereke belum merancang perkahwinan.

Namun tidak menolak jika jodoh itu tiba.

Walaubagaimanapun, tumpuannya kini hanya mengumpul wang untuk perbelanjaan melanjutkan pelajaran diluar negara dalam bidang Psikologi atau bidang Lakonan.

Wednesday, 11 January 2012

(Gossip) Nasha Aziz Sudah Bernikah Dengan Jejaka Warga Brunei

GAMBAR PERNIKAHAN NASHA AZIZ

Straight to the point. Model dan juga pelakon yang boleh dikategorikan terkenal jugalah iaitu Nasha Aziz dikatakan sudah bernikah dengan seorang warga Brunei yang bergelar Haji dan berstatus duda. Malah turut dikatakan bahawa Nasha Aziz dan jejaka warga Brunei itu sudahpun bergelar suami isteri dalam tempoh 5 ke 6 bulan. Lama sudah tu.

Seperti apa yang disampaikan oleh penyampai gosip ini di laman Cari:-

“Correction. The guy yang kahwin Nasha ni ex wife bukan Caucasian hah, mintak ampun. Local woman ex wife p dah lama divorced lah.
“Khabarnya dah 5-6 bulan kahwin. Abis lah tentu wartawan scoop tis news nanti. Ampun lah tuan haji bocor citer kat sini lak,”
Walau bagaimanapun, apa yang dikatakan ini masih boleh dicop sebagai gosip atau dalam erti kata lain, baca boleh percaya jangan kerana tiada sebarang berita sahih mengenai perkara ini keluar di mana-mana akhbar. Jadi, sama-samalah kita nantikan jawapan daripada Nasha Aziz sendiri berhubung gosip ini. Reporter, tunggu apa lagi?

Zaquan Adha – Tuduhan Rita Berbaur Ugutan

Petang semalam, agak gempar dunia hiburan tanah air bila pelakon, Rita Rudaini dan adik iparnya, pemain bola sepak Negeri Sembilan Zaquan Adha telah ‘berperang’ status twitter. Ia bermula apabila Zaquan membalas satu kenyataan Rita mengenai pelakon itu yang “tidak kisah mertua sayang atau tidak”. Hasilnya, Rita mendakwa adik iparnya itu telah membuatkan seorang gadis(bukan isterinya) mengandung dan kemudian meminta gadis itu menggugurkan kandungan. Malam semalam, Zaquan telah memberitahu Mstar Online supaya Rita tidak menyebarkan fitnah kononnya dia telah melakukan perkara-perkara tersebut. Dia turut mendakwa tuduhan Rita itu berbaur ugutan untuk memalu serta menjatuhkan maruahnya sebagai orang yang dikenali.

Menurut Zaquan:-
Terlalu banyak tuduhan berbaur negatif yang dia (Rita) lemparkan kepada saya. Terus terang saya katakan, dengan apa yang ditulis dalam Twitter itu sebenarnya berbaur ugutan kepada saya.
Sudahlah ibu dan ayah saya tidak sihat, jika mereka dapat tahu tentang hal ini, mereka pastinya kecewa.
Zaquan juga enggan komen lanjut tentang isu itu kerana bimbang ia memberi kesan buruk kepada keluarga dan keadaan:
Saya tak mahu komen tentang perbalahan kami ini. Orang ramai boleh menilai sendiri dengan apa yang ditulis dalam entri Twitter saya itu.
Tuduhannya sudah melampau dan saya tidak boleh bersabar dengan dakwaannya itu. Kerana itu, saya membalas setiap apa yang dituduh.
Walau begitu, Zaquan mengaku kesal dengan entri Twitternya yang mampu mengundang suasana ‘panas’ kepada Rita.

Tuesday, 10 January 2012

(Perang Twitter) Rita Rudaini Dakwa Zaquan Adha Pernah Mengandungkan Anak Orang!

ZAQUAN ADHA PERNAH MENGANDUNGKAN ANAK DARA ORANG

Bermula dengat kemaskini Twitter yang berbunyi “xkisah pon mak mertua syg ke x dik..” daripada pelakon wanita yang boleh dikatakan cukup kontroversi, Rita Rudaini terhadap pertanyaan yang diutarakan oleh pengikut, tiba-tiba ianya berlanjutan menjadi satu ‘perang Twitter’ apabila kembar yang juga adik kepada suami Rita Rudaini iaitu Zaquan Adha mencelah melalui Twitter’nya dengan menulis:-

ZAQUAN ADHA PERNAH MENGANDUNGKAN ANAK DARA ORANG

Walaupun kemaskini Twitter yang ditulis oleh Zaquan itu tidak menyebut nama Rita Rudaini, namun ianya jelas ditujukan kepada Rita Rudaini kerana kemaskini Twitter Zaquan itu bersangkut paut dengan kemaskini Twitter daripada Rita Rudaini. Ekoran daripada itu, bermulalah satu perang Twitter apabila baik di pihak Rita Rudaini mahupun Zaquan, masing-masing membuat kenyataan balas.

Bermula dengan kemaskini Twitter Rita Rudaini:-

ZAQUAN ADHA PERNAH MENGANDUNGKAN ANAK DARA ORANG

Tidak mahu mengalah, Zaquan menyerang lagi:-

ZAQUAN ADHA PERNAH MENGANDUNGKAN ANAK DARA ORANG

Mungkin berang dengan kata-kata Zaquan Adha itu, Rita Rudaini tiba-tiba mengeluarkan satu kenyataan penuh kontroversi yang sangat mengejutkan ramai pihak lebih-lebih lagi para pengikut (followers) Rita Rudaini di Twitter termasuklah kami apabila mendakwa Zaquan lebih kejam kerana dikatakan pernah menyebabkan seorang gadis hamil dan meminta agar kandungan itu digugurkan. Seperti kemaskini Twitter Rita Rudaini:-

ZAQUAN ADHA PERNAH MENGANDUNGKAN ANAK DARA ORANG

Rita Rudaini meneruskan lagi serangan:-

ZAQUAN ADHA PERNAH MENGANDUNGKAN ANAK DARA ORANG

Tiba-tiba muncul satu balasan Twitter daripada Rita Rudaini kepada salah seorang pengikutnya yang menghangatkan lagi dakwaan Rita Rudaini terhadap Zaquan itu.

ZAQUAN ADHA PERNAH MENGANDUNGKAN ANAK DARA ORANG
ZAQUAN ADHA PERNAH MENGANDUNGKAN ANAK DARA ORANG

Selepas beberapa serangan balas yang cukup panas yang dibuat oleh Rita Rudaini itu, nampaknya Zaquan hanya berdiam diri tanpa sebarang kenyataan balas seperti pemain yang dilayangkan kad merah semasa perlawanan bola sepak dan keluar meninggalkan padang. Mungkin juga Zaquan tidak mahu menambah lagi ketegangan dan mengambil keputusan memberhentikan saja ‘perlawanan’ tersebut bagi mengelak sebarang kemungkinan lain.

(GOSIP)Rita Rudaini Dan Zaquan Adha Saling Menyindir Menggunakan Medium Twitter?

Nampaknya artis-artis tanah air kita semakin maju menggunakan teknologi yang ada. Bukan sekadar mendekatkan diri dengan peminat, tetapi turut menggunakannya untuk meluahkan perasaan tidak puas hati kepada orang lain. Menurut penelitian BP, Rita Rudaini dan Zaquan Adha kelihatan seperti turut sama sindir menyindir sesama sendiri menerusi medium Twitter. Segalanya bermula apabila Rita Rudaini mengeluarkan statement di bawah ketika menjawap pertanyaan peminatnya:-

rita aidil

Zaquan yang nampaknya seperti membaca tulisan Rita kemudiannya menulis status update di Twitternya seperti di bawah:-

rita aidil

Mungkin secara kebetulan (ataupun selepas membaca tulisan di atas) Rita Rudaini pula mengeluarkan statement ini:-

rita aidil

Tidak dapat disahkan sama ada mereka berdua saling menyindir di antara satu sama lain atau status update tersebut ditujukan kepada orang lain. Jika benar mereka menyindir sesama sendiri, BP cuma mampu doakan mereka berdoa mampu berdamai.

Sunday, 8 January 2012

Konsert Avril Lavigne di Malaysia



Konsert Avril Lavigne di Malaysia bakal diadakan pada 18 Februari 2012.

Penyanyi rock wanita dari kanada ini bakal mengadakan konsert The Avril Lavigne Black Star Tour In Malaysia di Stadium Merdeka. Konsert tersebut bermula jam 8.30 malam.

Tiket berharga RM298, RM198 dan RM98 boleh didapati di Rock Corner KLCC, Subang Parade, The Gardens, Midvalley Megamall, The Curve, Victoria Music Centre dan The Guitar Store Outlets.

Antara lagu-lagu hitnya ialah Girlfriend, My Happy Ending, I’m With You, Sk8er Boi, Complicated dan banyak lagi.

Saturday, 7 January 2012

Aktor muda kena buatan orang ker?



BP kenal benar dengan sorang pelakon muda yang cute tu. Selain kacak dia juga baik budi bahasa.

Tapi baru-baru ni BP ada lihat gambar baru dia. Kurusnya dia. Nampak macam kurang sihat.

BP ada tanya sama ada dia memang diet atau kurang sihat, dia kata dia kurang sihat.

Saja jer tak tanya apa sakit dia sebab ada kawan BP bilang yang dia tu sedang berubat. Sakitnya ala ala jenis sakit misteri. Macam kena buatan orang gitu.

Sebab tu BP tak nak tanya. Sebenarnya dia ada cerita pasal sakit misteri tu kat kawan BP.

Ada orang dengkikan dia ker? Tak baik macam tu. Budak tu baik dan tak pernah kacau orang.

Janganlah dengki bila ada orang dapat peluang lebih. Dah dia rajin berusha dan berlakon makin baik, tentulah dapat peluang lebih.

Moga hero baru yang cun tu tabah dan segera sembuh. Dia tahu siapa yang dengkikannya, tapi dia tak nak sebut nama orang tu. Dia nak simpan sendiri rahsia dia. Itulah kisahnya. 

Wednesday, 4 January 2012

Pelakon muda kaki clubbing

KALAU nak disebut nama seorang pelakon baru ini, BP rasa memang masih ramai yang menggaru kepala sebab namanya tidaklah popular mana. Tapi kalau diletak dengan gambar, rasanya ramai juga sudah kenal dengan wajahnya.
Orangnya memang cantik, tinggi lampai dengan se–nyuman yang manis. BP pun pernah juga menemu bualnya sebelum ini ketika dia sibuk mempromosikan filem sulungnya tidak lama dulu. Memang berbudi bahasa dan orangnya bijak mengambil hati.
Tapi BP sedikit kesal apabila diberitahu seorang teman yang sebenarnya si pelakon muda tadi sebenarnya seorang yang liar dan pandai menyorok sikap nakalnya.

Khabarnya si pelakon yang turut pernah muncul dalam beberapa drama televisyen ini sebenarnya seorang yang gemar berparti dan ‘kaki clubbing’ kata orang sekarang. Bukan main lagi gelagatnya yang ditemui teman BP di sebuah kelab hiburan di tengah bandar raya Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tapi kata teman BP tadi lagi, si pelakon tadi memang sudah selalu kelihatan di pusat hiburan itu dengan teman-temannya. Yang BP kesalkan kerana si pelakon cantik tadi sebenarnya masih lagi bersekolah. Cuma perwatakan dan wajahnya tampak matang sedangkan masih lagi memakai seragam sekolah.

Lebih mengejutkan, si pelakon yang tidak lama lagi akan menduduki peperiksaan penting tadi sering kali dilihat bersama seorang lelaki matang yang memandu kereta mewah apabila tiba di pusat hiburan itu.

Rasanya kata teman BP tadi, lelaki ‘kaya’ itu adalah skandalnya kerana mustahil ibu dan keluarga di pelakon tadi membenarkan dia berhubungan dengan lelaki berusia.

Bukan setakat berparti, tapi si pelakon tadi memang ‘kaki tunggang arak’ juga khabarnya. Bak kata teman BP, memang meja si pelakon tadi di dalam kelab penuh dengan minuman keras. Tanpa segan-silu si pelakon itu minum di khalayak ramai kononnya menyedari yang dirinya tidak dikenali.

Memang lagaknya tidak seperti budak sekolah dan orang Islam kalau datang pusat hiburan itu. Dengan selamba bercumbuan bersama kekasih berusia tadi.

BP memang sedih mendengar cerita teman tadi kerana kawan-kawan BP di meja hiburan banyak kali memuji sikap si pelakon tadi yang cukup menyenangkan. Tapi sayang, awal sungguh dia terjerumus ke kancah negatif seperti ini.

Bimbang belum sempat membina nama, perangai dan sikap buruknya pula yang akan menenggelamkan bakatnya sendiri.

BP harap si pelakon muda ini akan sedar dan tidak lagi memperjudikan masa depannya semudah itu lebih-lebih lagi pada usia yang begitu muda. Biarlah pengajian itu sudah dulu sebelum sibuk ingin mengikuti jejak selebriti lain yang gemar bersosial seperti ini.

Lelaki Vietnam cabul pembantu penyelia

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Vietnam bukan saja didakwa menunjukkan kemaluan kepada pembantu penyelia di tempat kerjanya, malah turut mencabul wanita berkenaan ketika bersiap untuk pulang di Jalan Raja Laut, di sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, pembantu penyelia berusia 20 tahun itu mendakwa lelaki warga asing terbabit mengekorinya hingga ke tandas sebelum menayangkan kemaluannya.

Menurut sumber, akibat terkejut, mangsa menjerit hingga pekerja lain datang melihat apa yang berlaku.

“Ketika pekerja lain sampai, suspek sudah beredar namun mereka kemudian menanyakan perkara itu kepada suspek dan dia menafikan kejadian itu,” katanya.

Menurut sumber, tidak berpuas hati dengan suspek, mangsa memaklumkan perkara itu kepada majikannya yang mengarahkan gaji suspek dipotong.

Katanya, mangsa yang menyangkakan semua sudah selesai meneruskan pekerjaannya.

“Bagaimanapun, mangsa sekali lagi didatangi suspek ketika ingin pulang pada jam 11 malam dan kali ini lelaki terbabit bertindak lebih berani apabila menyentuh kemaluan wanita itu.

“Sebaik menyentuh kemaluan mangsa, suspek beredar seolah-olah tiada apa berlaku.
“Geram dengan perbuatan suspek, mangsa menerpa ke arahnya dan memarahi lelaki terbabit,” katanya.

Mangsa yang tidak berpuas hati dengan perbuatan biadab suspek membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi pada hari sama jam 1 pagi, Khamis lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.