Hanya kerana sarapan pagi, habis lunyai Ani Mayuni yang popular dengan lagu dangdut dibelasah suami di rumah.
Menurut Hmetro, Ani Mayuni dalam laporan yang dibuatnya kepada polis mendakwa dia dipukul dan ditendang selain dihentak kepalanya ke bilik air oleh suaminya. Wow, itu menyakitkan bagi seorang wanita yang tidak mempunyai kudrat untuk menahannya.
Difahamkan Ani Mayuni atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman, 33, telah mengalami kecederaan yang agak teruk di bahagian kepala, leher, tangan dan dada. Namun dia bernasib baik kerana abang kandungnya yang kebetulan datang dan menyelamatkan dirinya yang sedang dipukul.
Apa yang lebih pelik, semua kejadian ini disebabkan sarapan pagi. Ani Mayuni menjelaskan bahawa sebelum kejadian itu berlaku, dia ada menghubungi suaminya untuk membelikan sarapan pagi. Namun 30 minit kemudian, suaminya yang baru pulang terus saja meluru ke bilik dan memukulnya.
Hairan kami apabila seorang suami tiba-tiba memukul isterinya hanya kerana sarapan pagi. Mustahil seorang lelaki yang waras boleh berbuat demikian. Kami yakin ketika suaminya pergi membeli sarapan pagi, ada orang yang telah membuka rahsia isterinya ataupun kemungkinan besar suaminya terhantuk tiang elektrik ketika sedang berjalan kaki membeli sarapan. Ouh, itu cuma spekulasi kami saja. Harap maklum
Sunday, 5 February 2012
Saturday, 4 February 2012
Anuar Zain Diberikan RM18,859.38 Sebagai Royalti Jualan Albumnya!
Kecoh sebelum ini mengenai kes saman Anuar Zain terhadap syarikat rakaman Syncrosound Records yang tidak membayar royalti hasil penjualan 2 buah albumnya.
Keputusan mahkamah hari ini telah melayakkan Anuar Zain untuk menerima royalti dari Syncrosound Records berjumlah RM18,859.38 sebagai bayaran hasil jualan 2 buah albumnya sejak tahun 2001.
Pengiraan royalti yang digunakan oleh Mahkamah Tinggi untuk memutuskan royalti yang terhutang hanya mengambil kira jualan album yang melebih 15,000 unit sahaja. Namun begitu, Anuar Zain tidak menyatakan sebarang bantahan kepada mahkamah.
Untuk pengetahuan, pada 14 Mei 2010, Anuar Zain telah berjaya memenangi kes saman tuntutan balas terhadap syarikat rakaman Syncrosound Records.
Syarikat rakaman itu memfailkan satu saman terhadap Anuar Zain pada 21 April 2006 atas dakwaan melanggar perjanjian kontrak kerana tidak merakamkan tiga lagi album dengan syarikat itu. Namun, kes itu ditolak Mahkamah Tinggi pada 2007.
Susulan itu, Anuar pada 20 Jun 2006 memfailkan satu saman balas terhadap Syncrosound dan memohon diberikan butiran atau penyata penjualan kesemua album yang diterbitkan oleh Syncrosound selain bayaran royalti yang diperuntukkan dalam perjanjian.
Haa, padanlah dengan muka Syncrosound Records. Nak saman orang, tapi makan diri sendiri balik. Ambik!

Friday, 3 February 2012
Shaheizy Sam Dikritik ‘Bodoh’ Bercerita Tentang Politik
Sebuah video berjudul ‘Artis bodoh kutuk pakatan rakyat‘ yang menampilkan Shaheizy Sam, Osman Kering & Faizal Hussein telah menjadi viral di sejak di-uploadkan ke laman Youtube, semalam. Video berdurasi 5:27 minit ini memaparkan pandangan Shaheizy Sam & Osman Kering mengenai isu perhimpunan Bersih yang menjadi polemik politik sekitar Julai, tahun lalu.
Soalan yang ditanyakan kepada ketiga-tiga selebriti ini berbunyi, “Apa pendapat anda tentang Perhimpunan Haram Bersih?”
Bagaimanapun, respon mereka bertiga sebagai rakyat Malaysia yang mengamalkan demokrasi dan kebebasan suara telah disalah tafsir oleh pihak tertentu. Pada pandangan anda, adakah mereka bodoh seperti yang didakwa oleh pihak tersebut? Ya atau tidak?
Soalan yang ditanyakan kepada ketiga-tiga selebriti ini berbunyi, “Apa pendapat anda tentang Perhimpunan Haram Bersih?”
"Sam Shaheizy membalas, “Of course, dijatuhkan hukum haram lah. Tapi kalau tujuan perhimpunan mereka untuk menyuarakan suatu benda yang elok, sudah tentu kerajaan kita takkan jatuhkan benda tu sebagai haramlah. Saya sendiri pun tak paham apa yang ingin dibersihkan. Sam dah selesa dengan apa yang ada sekarang walaupun ada kekotoran yang kecil, tetapi Sam rasa ia dah cukup bersih untuk Sam. Siapa atau di mana sahaja selagi ianya ditadbir oleh manusia, pasti ada kelemahan & kesilapan mereka sendiri. Manusia ni tidak sempurna, tapi selagi Sam merasa mereka boleh mentadbir negara kita dengan sebaik-baiknya seperti mana yang Sam berada sekarang ni, itu Sam rasa dh cukup bersih untuk Sam".
Faizal Hussein turut menambah, “Kita harus berfikir secara terbuka, jangan cepat melatah & cepat mempercayai orang-orang yang cuba menghuru-harakan Malaysia. Kita boleh berfikir & ada hak untuk mengundi bagi menentukan kerajaan kita sendiri. Kita tak seharusnya berfikir untuk menukar kerajaan tetapi kita hanya perlu membaik pulih sistem yg sedia ada."Osman Kering pula memberikan pendapat, “Bagi saya mereka yang terlibat dengan perhimpunan haram itu adalah mereka yang tak tau apa pun. Mungkin mereka diupah atau sukarela terlibat dr awal. Tetapi bagi saya kebanyakan orang yang mengambil bahagian adalah orang yang sekadar ikut-ikutan. Penampilan mereka tidak menggambarkan orang yang ada pendirian. Mereka hanya ikut-ikutan tetapi tidak tahu apa-apa. Datuk Ambiga adalah peguam bela kes murtad. Ini adalah makhluk-makhluk yang ingin menjahanamkan negara & tidak ada arah tujuan. Manusia seperti ini harus dijauhkan dan jangan diambil kira apa pandangan mereka".
Bagaimanapun, respon mereka bertiga sebagai rakyat Malaysia yang mengamalkan demokrasi dan kebebasan suara telah disalah tafsir oleh pihak tertentu. Pada pandangan anda, adakah mereka bodoh seperti yang didakwa oleh pihak tersebut? Ya atau tidak?
Thursday, 2 February 2012
Ibu Shila Amzah Nafikan Khabar Angin Perkahwinan Shila.
Pokok takkan bergoyang kalau tak ditiup angin kan? Zaman sekarang pun mana ada lagi orang mereka-reka gosip, that is sooo 90’s.
Terbaru, sayup-sayup terasa angin bertiup di telinga bahawa Shila Amzah sudah merancang untuk berkahwin. Dengan siapa lagi kalau bukan Sharnaaz Ahmad, jejaka kacak yang berjaya menawan hati penyanyi yang popular dengan lagu “Patah Seribu” ini.
Kalau sebelum ini, mereka berdua hanya memberitahu bahawa status mereka cuma ‘teman tapi mesra’, kemudian sudah ber-‘bee’ pula di laman Twitter. Baru-baru ini ketika di AJL 26, pasangan muda yang sedang mencipta nama dalam dunia seni hiburan ini dilihat berpegangan tangan tanpa berselindung. Auwww!
Hangat bercinta ya? Disebabkan khabar angin yang bertiup, BikinPanas dengan segera menghubungi ibu Shila untuk mendapatkan kepastian.
“Aik, macam mana awak tahu perkara yang kami sendiri belum tahu? Setakat ini tak pernah lagi kami bincangkan mengenai hal kahwin. Lagipun Shila mahu fokus dahulu terhadap kerjaya seninya.
Sekarang pun jadual dia sangat padat sehingga bulan Mei nanti,” ujar ibu Shila tergelak menafikan khabar angin tersebut.
Bukan niat kami mahu suka-suka terjah artis tanya pasal kahwin, tapi apa salahnya kalau benda yang baik seperti kahwin ini dikongsi bersama peminat, kan? Lagipun, ada lebih kurang 170 ribu ‘followers’ Twitter Shila yang sedang menunggu berita gembira ini.
Tambah ibu Shila lagi, “Buat apa nak berahsia, kalau betul perkara baik ini berlaku, kami akan kongsi dan beritahu pada umum. Benda baik kan tak elok disimpan-simpan.”
Biasalah, jawapan-jawapan begini selalu diterima kami ketika temubual. Namun jika benar Shila sudah merancang untuk berkahwin, tahniah dan moga dimurahkan rezeki. Mungkin Sharnaaz Ahmad boleh jawab mengenai spekulasi yang timbul pula selepas ini.
Shila Amzah kini sedang sibuk merakamkan single terbarunya dan sidang akhbar mengenainya akan diadakan dalam masa yang terdekat.

Cerita Di Sebalik Sesi Fotografi Zarul Umbrella Dan Siti Nurhaliza
Kalau anda dah lihat video Biografi Datuk Siti Nurhaliza yang pernah BikinPanas kongsikan suatu ketika dahulu, pastinya anda perasan akan gambar di bawah. Inilah salah satu sesi fotografi bersama lelaki yang telah dijalankan oleh Datuk Siti ketika awal kemunculannya.

Dan baru-baru ini, lelaki tersebut (Zarul Umbrella) telah menceritakan pengalamannya di hari tersebut. Ikuti kisah menarik daripada tuan punya badan di bawah:-
Mungkin ramai yang dah tahu dan mungkin juga ramai yang tak tahu cerita disebalik sesi fotografi ini.”4 jam Membisu”..(memang benar statement tu)Terlebih dahulu post ni bukanlah untuk menyinggung mana mana pihak cuma berkongsi pengalaman sajer.Sesi foto ini adalah untuk majalah URTV bersama wartawan Joha Ahmad,pada awalnya sessi ni adalah untuk cover URTV telah dijalankan di Sungai Congkak kalau saya tak silap la..Juru make-up pula dibuat oleh juru make-up tersohor Zul Fadli.Saya sampai pagi ditemani oleh PR saya manakalah Datuk Siti Nurhaliza ditemani oleh Ayie-abangnya,sampai sajer kami di lokasi kami terus mendaki anak tangga yang agak tinggi juga untuk ke lokasi penggambaran yang dikelolakan oleh jurugambar Jefri Iran.Apabila sampai jer Zul Fadli make-up kan saya dan Datuk Siti, dan setelah habis make-up Zulfadli memberi beberapa pasang baju untuk saya dan Datuk Siti..Baju baju yang diberikan kepada Datuk kebanyakkannya mendedahkan bahagian betis beliau dan juga kelihatan agak jarang,beberapa helai baju telah direject oleh beliau dan ini menimbulkan sedikit ketidakpuashatian kepada Zulfadli dan Joha,kerana hampir kesemua baju telah direject dan ini mungkin membantutkan sessi foto untuk cover.Manakala Datuk Siti pun saya tengok macam nak menangis dek kerana baju2 yang tidak sesuai dari pandangan beliau.Mengikut Zulfadli baju2 tu agak senteng(nampak betis) pasal nak sesuaikan keadaan di lokasi iaitu di kawasan air terjun.Setelah berbincang cara baik Siti akhirnya bersetuju dengan beberapa syarat(yg saya tak pasti apa dia)dia akhirnya mengenakan 3 pasang persalinan-(dalam gambar)Lepas tu kita pun mula la shoot..saya rasa agak kekok untuk pose kerana tak begitu mengenali Datuk pada waktu itu di tambah pula abangya Ayie ada kat depan memerhatikan kami ..fuhh memang tak selesa,saya ni pulak jenis yang susah nak bercakap ngan orang jika orang tu pun susah nak bercakap macam saya lagi lah saya tak bercakap ..last2 kami diam jer..yang sibuk memeriahkan suasana adalah si Joha dan Zulfadli yang memberi arahan pose2 yang nak dilakukanSetelah hampir 4 jam kami pun selesai dan ternyata Joha memang tak berpuashati dengan sessi tadi,dan sebelum bersurai dia sempat berbisik pada saya kebanyakn gambar tak ‘meriah dan tak meletop’ mungkin takkan jadi cover.Selang beberapa minggu ianya disiarkan hanya satu mukasurat jer seperti yang anda lihat tu.Selepas dari sessi foto tu kedengaran desas desus yang Datuk Siti tak akan bergambar dengan artis lelaki ,pada saya ini adalah salah satu tindakan tegas beliau dalam menetukan hala tuju kerjaya beliau dan keputusan yang diambil itu nyata memberi impak yang baik kepada kerjaya insan seni bernama Datuk Siti Nurhaliza ni.Saya respect la kat dia pasal dia berani menyuarakan pendapat mengenai pakaian yang harus dipakainya walaupun dia masih baru dalam bidang seni pada waktu ituJadi begitulah sedikit sebanyak coretan mengenai cerita disebalik gambar saya bersama biduanita seni tanah air Datuk Siti Nurhaliza.
Membaca cerita ini membuatkan respek BikinPanas bertambah tinggi kepada Datuk Siti. Sememangnya beliau mempunyai prinsipnya yang tersendiri. Dan dengan prinsip tersebut, beliau mampu berjaya. Terima kasih kepada Zarul Umbrella yang sudi berkongsi kisah ini. Layari blog Zarul Umbrella untuk lebih banyak kisah menarik.
(GOSIP)Putus Tunang Kerana Khairul Fahmi Che Mat?
Sebetulnya kami juga masih kabur dengan perkara ini. Seorang yang tidak dikenali telah mencipta satu akaun Twitter dan menghebahkan pada umum yang penjaga gol kebangsaan yang juga berada pada tahap selebriti, Khairul Fahmi Che Mat dikatakan telah putus perhubungan dengan Dahlia Teck dan menjalin hubungan dengan seorang gadis bernama Leuniey.
Anda mungkin menganggap ini sebagai satu perkara biasa, cuma yang luar biasa di sini mungkin, ialah gadis bernama Leuniey ini merupakan tunangan orang yang baru bertunang hujung bulan Disember 2011. Leuniey dikatakan telah memutuskan pertunangan pada 14 Januari lepas untuk bersama dengan Khairul Fahmi Che Mat. Perkara ini juga katanya telah heboh di bandar Kota Bharu, Kelantan.
Menurut MahsiH2, dia hanya ingin menunjukkan siapa sebenarnya Khairul Fahmi yang dakwanya, seorang ‘player’. Kami telah mendapat info tidak sahih yang pertunangan Leuniey berlangsung 29 Disember 2011 dan sumber info telah memberikan gambar ini:

Kalau betul, cantik juga orangnya. Seperti biasa, ini hanya gosip. Anda tidak perlu percaya 100%. Mungkin juga Leuniey ini sekadar…ahem…adik angkat Khairul Fahmi sahaja.
Yana Samsudin – Belajar Berdikari Selepas Putus Cinta Dengan Pierre Andre
Pelakon Yana Samsudin berkata dia berharap yang bekas teman lelakinya, pengarah filem Pierre Andre tidak menganggap masalah cinta yang dihadapi dengan seorang kerabat diraja Terengganu sebagai satu pembalasan Tuhan, sebaliknya Pierre harus menganggapnya sebagai ujian dari Allah.

Yana memberitahu Mstar Online, dia dan Pierre mungkin tiada jodoh tetapi dia sering mendoakan pelakon itu. Yana juga memberitahu hubungannya dengan ibu Pierre, pelakon Khatijah Tan, masih baik. Keretakan hubungan dengan Pierre juga menurut Yana, memberikan perubahan positif pada dirinya:

"Kita bukan Tuhan untuk menilai nasib manusia tetapi tidak wajar untuk Pierre menyalahkan dirinya dengan masalah cinta yang melanda dia buat masa ini. Apa yang berlaku itu mungkin ada hikmahnya".Pierre baru-baru ini mendakwa hubungannya dengan seorang kerabat diraja Terengganu mungkin balasan Tuhan kerana dia memutuskan hubungan cintanya dengan Yana satu masa dahulu. Kerabat tersebut dikatakan tidak membalas SMS mahupun menjawab panggilan telefon dari Pierre selama hampir setahun.
Yana memberitahu Mstar Online, dia dan Pierre mungkin tiada jodoh tetapi dia sering mendoakan pelakon itu. Yana juga memberitahu hubungannya dengan ibu Pierre, pelakon Khatijah Tan, masih baik. Keretakan hubungan dengan Pierre juga menurut Yana, memberikan perubahan positif pada dirinya:
"Saya tidak mempunyai sesiapa selain Pierre dan dia adalah lelaki paling rapat dengan saya. Malah saya terlalu bergantung kepadanya tetapi keputusan untuk membawa haluan masing-masing telah mengajar saya erti berdikari".Yana juga menambah yang dia dan Pierre tidak mungkin akan bersama semula kerana dia ingin menumpukan perhatian pada kerjayanya sahaja.
Memang Saya Sudah Nikah- Watie Elite
Akhirnya tuan punya badan bersuara untuk mengesahkan berita pernikahannya dengan Joey. Selama ini merahsiakan atas sebab-sebab tertentu, menerusi Harian Metro hari ini, Watie berkongsi berita gembira tersebut dengan peminat-peminatnya. Watie dan Joey telah pun bernikah selepas Aidilfitri tahun lepas.

Kata Watie:-

Kata Watie:-
"Bukannya ingin berahsia atau menyembunyikan saat bahagia itu tetapi semuanya adalah permintaan Joey dan keluarganya. Saya harus menghormati dan melihat ikatan yang ada dari satu perspektif yang positif. Apa yang penting, perkara wajib sudahpun kami lakukan. Soal yang lain, biarlah kami fikirkan bersama untuk menyelesaikannya. Joey melamar saya secara mengejut di depan keluarganya. Saya sendiri tidak mengetahui mengenai majlis itu. Semuanya dirancang Joey dan adik-beradiknya. Kelakarnya, persediaan pun kelam-kabut dan saya hanya sempat untuk menempah nasi beriani di restoran berdekatan rumah saja bagi menjamu tetamu".Jikalau anda kecewa kerana tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan mereka, jangan risau kerana menurut kata Watie, mereka bakal mengadakan majlis resepsi pada tahun ini:-
"Apa yang boleh saya katakan, kami sudah selamat dinikahkan. Insya-Allah jika diberi rezeki dan peluang, kami berdua pasti akan melangsungkan majlis resepsi pada tahun ini juga kerana Joey ingin sekali meraikan sahabat-handai dan peminat yang tidak henti menyokong. Tarikh dan lokasi masih belum kami tetapkan namun apa yang pasti, kami akan mengadakannya secepat mungkin".Watie Elite juga bercadang untuk menimang cahaya mata dengan suami barunya ini secepat mungkin. Sama-samalah kita doakan kebahagiaan Watie dan Joey. Perkara yang lepas tak perlulah dikenang. Biarlah ia disimpan dalam-dalam. Sekali lagi, semoga Watie, suami dan keluarga berbahagia sehingga ke akhir hayat.
Hattan – Saya Tidak Mahu Buka Aib Orang
Sejak kebelakangan ini penyanyi Hattan tidak lekang dengan kontroversi. Baru-baru ini dia telah bercerai selepas dua bulan berkahwin dengan seorang ahli perniagaan bernama Farah Asyikin Othman, dan yang terbaru, dia didakwa memperdayakan bekas vokalis kumpulan Baji, Abang Yusuf Abang Daud, 36, dan isterinya, Noor Maszura Abu Bakar, 30 hingga mereka diisytiharkan muflis dan berhutang RM 1 juta.

Berkenaan berita itu, Hattan telah memberitahu Harian Metro:-
Tak tahulah siapa yang salah atau betul, tetapi kami berharap satu keputusan yang tidak merugikan kedua-dua belah pihak akan dicapai selepas ini.

Berkenaan berita itu, Hattan telah memberitahu Harian Metro:-
"Saya tak baca berita itu tetapi saya ada mendengar mengenainya tetapi saya tak mahu komen lebih-lebih. Apa cerita sebenarnya hanya saya, mereka dan Allah SWT yang tahu".Tambah Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sha-habudin, dia tahu apa yang dia lakukan:
"Saya pernah tolong mereka dengan membawa Yusuf ke persembahan pentas tetapi tak perlulah saya cakap lebih-lebih berkenaan dakwaan mereka itu kerana saya tak mahu membuka aib orang. Tetapi kalau dia mahu menjatuhkan saya, terpulanglah. Sekiranya selepas ini saya terpaksa pergi ke mana-mana dengan menaiki bas, saya naiklah bas.Malah kata Hattan lagi, dia akan menumpukan membuat banyak kebajikan pada tahun ini:
Hidup macam inilah, apabila kita berjaya dan sudah berada di atas, ada saja pihak yang dengki serta tidak suka tengok kita senang. Selalunya apabila timbul cerita macam ini atau kontroversi lain, saya buat tak tahu kerana kalau ambil tahu pun, buat sakit kepala saja".
"Sekarang saya mahu rileks dan insya-Allah tahun ini saya mahu mengerjakan fardu haji serta memperbanyakkan kerja kebajikan bagi membalas balik jasa masyarakat yang menyokong saya selama ini".Untuk makluman anda sepasang suami isteri tersebut beberapa hari lepas mendakwa mereka menanggung hutang hampir RM1 juta dan diisytiharkan muflis akibat diperdaya Hattan disebabkan penyanyi terbabit gagal menjelaskan pelbagai jenis pinjaman bank berjumlah RM929,503. Noor Maszura berkata, semuanya bermula apabila dia dan suaminya dilantik oleh penyanyi terbabit sebagai pengarah syarikat rakaman miliknya pada Disember 2002.
"Rupa-rupanya dia mempergunakan kami berdua untuk dia membuat pelbagai pinjaman bank dan kami diarahkan menjadi penjamin dengan alasan kami pengarah syarikat".Tambah beliau, pada 2003 penyanyi terbabit membeli sebuah Mercedes Benz berharga lebih RM400,000 diikuti kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima dengan menjadikan mereka sebagai penjamin pinjaman.
Tak tahulah siapa yang salah atau betul, tetapi kami berharap satu keputusan yang tidak merugikan kedua-dua belah pihak akan dicapai selepas ini.
Tuesday, 24 January 2012
(GAMBAR)Serina Dan Bayi Kedua, Isabella Saffiya
Semalam, Dato’ Chef Wan telah mengumumkan yang anak perempuan beliau, Serina telah selamat melahirkan bayi keduanya yang diberi nama Isabella Saffiya. Isabella ialah anak Serina hasil perkahwinannya dengan Gavin O’ Luanaigh.
Isabella dilahirkan dengan cara normal seberat 3.3 kg. Kredit gambar Twitter Serina.
Isabella dilahirkan dengan cara normal seberat 3.3 kg. Kredit gambar Twitter Serina.
Abby Tetap Sayang Zul
Maaf diucapkan kerana bersempena cuti tahun baru cina ini, kami tak dapat kemaskini gosip seperti biasa kerana masalah Internet yang tidak stabil bila berada di kawasan pekan yang kecil. Bagaimanapun ,untuk malam ini kami ingin menulis tentang Abby Abadi. Zul Ariffin telah menerima pelbagai kritikan beberapa hari lepas kerana mengatakan yang beliau ‘tidak ingat’ Abby Abadi, tetapi Abby telah menulis di blognya yang dia tetap sayangkan Zul.
Melalui blognya, Abby telah menulis yang dia tetap menganggap Zul mempunyai hati yang baik dan dia tetap menghargai kenangan mereka bersama, tetapi menurutnya terdapat beberapa faktor yang menyebabkan mereka berdua tidak dapat bersama tetapi tidak dinamakan.
Jangan ada Dendam, Jangan ada Benci… Ok? Sy nk Awk tahu, Sy bukan nakkan perhatian.. simpati jauh sekali! Sy menulis dgn niat. Pertama, utk jelaskan keadaan. Keduanya, biar jd ‘kenangan terindah’ dlm blog Sy neh. Ajal dtg tak mengira usia kan? Andaikatalah Sy pergi dulu sebelum Awk, buleh la Awk selalu baca celoteh2 Sy neh utk buat Awk terus ingat pd Sy. Lupa jer baca, baca jer lupa.. Hehe.. ( sayu sebenarnya dlm hati neh…:,) huhu.. Masih berkesempatan utk Sy mohon maaf pd Awkkan? Bulehkan Maafkan Sy dr hujung rambut sampai hujung kaki? Maaf sgt2 sbb tak sempurna utk jd pasangan Awk smpai renyuk2,… hukhukhuk…..Anyway, sebenarnya kami menulis entri ini supaya umum berhenti memberikan kritikan melampau pada Zul berhubung itu. Kalau Abby sendiri tidak menganggap ada apa-apa yang kurang dengan perhubungan mereka malah ingin merakamkan detik kenangan bersamanya, sudah tentu dia orang yang hebat juga bukan? Pendek kata, pada masa Abby mengalami masalah dulu, Zul juga telah membantu merawat lukanya. Akhir kata, seperti Abby, kami rasa gembira yang perhubungannya dengan Zul berakhir dengan indah.
Monday, 23 January 2012
(TAHNIAH)Serina Chef Wan Selamat Lahirkan Anak Kedua, Isabella Nama Diberi
Nampaknya selebriti pertama yang mendapat anak di Tahun Naga ini jatuh kepada Serina Chef Wan. Sebentar tadi ayah Serina, Chef Wan telah pun mengupdate status Facebooknya dengan memberikan khabar gembira tentang kelahiran cucu keduanya yang diberi nama Isabella.
Isabella dilahirkan secara normal dengan berat 3.3 kg. BP dapat merasakan keterujaan Chef Wan apabila membaca status updatenya di Facebook.

Jutaan tahniah kepada Serina, Gavin dan Chef Wan atas kelahiran permata baru ini.

Sunday, 22 January 2012
Stacy jaja kontroversi ker?
Panjangnya isu Stacy batalkan sesi fotografi dengan sebuah majalah tu.
Selepas muncul dalam akhbar mingguan dan harian, Stacy turut mengulasnya dalam program Melodi di TV3.
Kepada pihak media Stacy kata dia terpaksa batalkan fotografi pada saat akhir sebab sakit.
Nak buat macam mana kalau dah sakit kan? Tak tahulah alasan semata-mata atau dia benar- benar sakit.
BP nampak cara Stacy menangani isu itu tak betul. Pasal apa BP kata gitu?
Stacy ada janji dengan wartawan tu untuk memenuhi permintaan buat fotografi bila dia dah ada masa.
Tapi yang buatkan BP rasa pelik tu, bila isu itu dibangkitkan, pandai pula pihak pengurusan dia cari wartawan dan aturkan sesi fotografi.
Tapi bukan dengan wartawan yang dia buat hal sebanyak tiga kali tu,tapi dengan media lain yang mulakan gosip pasal disiplin dia. Boleh macam tu?
Pada BP, Stacy patut selesaikan urusan dengan wartawan pertama tadi kalau benarlah dia masih mahu dimuatkan dalam majalah tempat wartawan tu bertugas. Tak tahulah pulak kalau dia memang tak mahu lagi muncul dalam majalah tu dengan mencipta beribu alasan.
Hanya Stacy yang tahu apa dalam hatinya. Setahu BP pihak Stacy belum lagi mengotakan janji untuk mengaturkan semula sesi yang dah tiga kali tertangguh tu. Apa kes ni?
BP : Masak dah dengan kerenah artis lupa diri dalam industri hiburan ni.
Saturday, 21 January 2012
Azean Irdawaty Tidak Meninggal Dunia, Berhenti Sebarkan Khabar Angin Palsu
Selepas Izwan Pilus meninggal dunia semalam, hari ini kita dikejutkan sekali lagi dengan khabar angin pemergian Azean Irdawaty. Khabar angin palsu ini tersebar pantas di medium Twitter. Akhirnya anak Azean Irdawaty tampil membuat kenyataan yang ibunya masih hidup dan sihat walafiat.

Jadi kepada anda semua yang membaca, Azean Irdawaty tidak meninggal dunia seperti yang disebarkan. Dia masih sihat. Malah anaknya sempat mengupload gambar Azean Irdawaty memegang limau mandarin.

Semoga berita palsu tentang kematian Azean Irdawaty dapat dihentikan.

Friday, 20 January 2012
Aaron ada peminat kalangan VIP

Gara-gara filem Ombak Rindu, heronya Aaron Aziz menambah kumpulan peminat. Kalau selama ini anak dara meminatinya kerana tampan, Ombak Rindu membuatkan golongan VIP turut menggemari lakonannya.
Ada yang sanggup menonton Ombak Rindu berulang kali kerana pengaruh Aaron dalam filem itu. Tak cukup di panggung, mereka turut melanggan filem itu di Astro First.

Baru-baru ini sekembali dari Jepun kerana urusan kerja Aaron dan isteri yang merangkap pengurusnya, Diyana sempat meluangkan masa makan malam dengan sekumpulan wanita VIP yang kini menjadi peminat Ombak Rindu.
Makan malam di sebuah hotel terkemuka itu di hoskan oleh Datuk Paduka Toh Puan Seri Di Raja Noor Aini Abdullah yang turut dihadiri beberapa ahli keluarga dan kenalan rapat. Aaron memenuhi undangan itu demi menghormati peminatnya.
"Aaron sangat mesra dengan peminat barunya itu walaupun itulah kali pertama mereka bertemu. Saya rasa mereka seolah-olah sudah kenal lama. Saya perhatikan Aaron tak berkira untuk meluangkan masa bersama peminat.
"Caranya membuatkan orang semakin menyukainya. Aaron dan isteri sangat ramah bersama peminat walaupun sebenarnya dia mungkin kepenatan kerana baru pulang dari luar negara. Saya nampak dia seorang yang profesional," kata Iskandar yang mengatur undangan makan malam tersebut.

Malah topik pasal penangan Ombak Rindu antara yang dibualkan malam itu. Ada yang membuka cerita pasal kesanggupan mereka menonton filem arahan Osman Ali itu berkali-kali. Lebih manis mereka menonton bersama suami masing-masing.
Izwan Pilus Meninggal Dunia, Al-Fatihah
Terkejut Abang Nara mendengar berita ini. Izwan Pilus sudah pun meninggal dunia kira-kira jam 6.15 petang tadi. Berita ini telah disampaikan oleh adiknya Aril AF menerusi Twitter sebentar tadi.

Izwan Pilus dilahirkan pada 24 November 1979. Punca pemergian masih tidak dapat dikenalpasti. Semoga roh Izwan Pilus ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepadanya. Al-Fatihah.
Update 1: Di bawah ialah tweet terakhir daripada Allahyarham.

Update 2: Daripada beberapa sumber, punca kematian Allahyarham ialah jangkitan kuman pada paru-paru atau jangkitan kuman pada darah (salah satu daripadanya). Nanti akan diupdate lagi untuk kesahihan sepenuhnya.
Update 3: Allahyarham meninggal dunia di Hospital Ampang.
Update 4: Jenazah Allahyarham dijangka di bawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka untuk dikebumikan.
Update 5: Pada awal Disember lalu, Allahyarham dan adiknya (Aril AF) pernah dimasukkan ke hospital kerana demam panas berpanjangan
Update 6: Gambar di bawah dikatakan gambar terakhir Allahyarham. Sejuk mata memandang.

Apa-apa pun, sedekahkan Al-Fatihah dan doakan agar rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin~~

Awie Disantau

Awie Disantau, itulah cerita terbaru yang BikinPanas dengar. Santau yang dikenali sebagai santau tuju-tuju itu telah menyebabkan Awie mengalami kejadian pelik seperti muntah jarum dan bulu ayam. Keadaan ini mula awie sedari beberapa tahun yang lalu. Usahanya mendapatkan rawatan moden tidak mampu memulihkan kesihatannya. Setelah mendengar saranan rakan-rakan, dia telah menjalani rawatan secara tradisional. Sewaktu menjalani rawatan tradisional, beberapa jarum halus dan bulu ayam keluar dari badannya. Awie sendiri terkejut dengan perkara ini. Ok, BikinPanas tak nak komen lebih-lebih.
Aaron Aziz Dan Neelofa Di Muka Hadapan Media Hiburan Terbaru
Sebetulnya, BP meminati gandingan ini sejak mereka berlakon bersama dalam drama arahan Heykal Hanifah, Jiwa dan Lara yang disiarkan beberapa bulan dahulu di TV3. Jadi BP berpendapat cover Media Hiburan (MH) kali ini memang menarik habis. Walau bagaimanapun, kami masih ingat satu ketika dahulu Media Hiburan (sekitar akhir 90′an dan awal 2000′an) lebih banyak memberikan ruang pada selebriti muka hadapan untuk menonjol. Bukan apa, kami rasakan snippet berita di bahagian kiri dan bawah itu menyebabkan muka hadapan MH nampak crowded (bekas pembeli tegar majalah MH).
Cerita terbaru, Neelofa telah hadir ke konsert Awie dan Ella di Istana Budaya baru-baru ini bersama Hans Isaac manakala Aaron pula telah ke Jepun bersama isterinya. Harap-harap dapat melihat gandingan mereka ini di filem pula. Dengan populariti Aaron dan faktor X Neelofa, pasti meletup.

Wednesday, 18 January 2012
Ugut Bunuh Ummi Hafilda, Azwan Ali Mohon Maaf

Disebabkan kesibukan yang melampau, kami tidak sempat melaporkan berita mengenai isu Azwan Ali membuat kenyataan yang bersifat ugutan terhadap adiknya, Ummi Hafilda melalui Twitter pada hari Jumaat minggu lepas (13 Januari 2012). Buat anda yang masih tidak tahu, kenyataan Azwan Ali melalui Twitter’nya itu berbunyi “Slm. Let’s CEKUP juga si BETINA NERAKA Ummi kasi REJAM hidup hidup ! Bako mayat diaaaaaa“.
Disebabkan kemaskini Twitter Azwan Ali yang disifatkan sebagai suatu ugutan yang mengancam keselamatan dan nyawa itu, Ummi Hafilda segera membuat laporan polis pada hari yang sama di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail (TTDI). Susulan laporan yang dibuat oleh Ummi Hafilda itu, pihak polis menahan Azwan Ali bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
Difahamkan, berdasarkan keterangan yang diambil daripada Azwan Ali, dia mendakwa ugutan itu dibuat atas arahan abangnya, Azmin Ali dan polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kandungan Twitter berkenaan. Turut difahamkan, pihak polis juga telah memanggil beberapa individu lain antaranya Azmin, isteri beliau, Shamsidar Tahrin dan ibu mereka bagi membantu siasatan. Azwan Ali dibebaskan dengan jaminan polis.
Hari ini, melalui satu sidang media yang dibuat, Azwan Ali memohon maaf secara terbuka terhadap Ummi Hafilda ekoran tindakannya itu termasuk membuat pengakuan bersumpah tidak akan mengulangi perbuatan tersebut. Dalam sidang media itu juga, Azwan Ali turut memohon maaf secara terbuka kepada para pemimpin politik dan para artis yang tersinggung dengan mesej Twitter’nya selama ini.
Seperti kata Azwan Ali pada sidang media tersebut:-
Dikhabarkan kesan daripada perbuatannya itu, Azwan Ali bakal disenarai hitamkan oleh stesen TV tempatan. Yang pasti, satu ‘mimpi ngeri’ bagi dirinya yang memang terlibat secara langsung dalam dunia hiburan. Semoga apa yang berlaku menjadi iktibar pada Azwan Ali agar tidak mengulangi kesalahan yang sama di masa akan datang, itu pun kalau dia tidak ‘lupa’ tentang apa yang terjadi sebelum ini“Saya melakukan akuan bersumpah ini kerana saya akui yang saya terkhilaf dan kerana bersandarkan hasil hasutan-hasutan yang tidak… sidang media ini adalah untuk jernihkan keadaan.“Sebagai abang, dia (Ummi) bukan wanita keji. Saya mohon maaf kepada Ummi juga kerana tuntutan ibu yang tabah menghadapi dugaan kerana pergolakan anak-anak. Saya janji akan tunaikan lafaz yang dibaca mulai 17 haribulan,”
Monday, 16 January 2012
Program Raja Lawak Musim Ke-6
Raja Lawak musim ke-6 telah memulakan siarannya pada hari jumaat.
Program ini dihoskan oleh Zizan dan Johan. Barisan juri pula dianggotai oleh David Teo, Sathia dan Sheila Rusly.
Tenaga pengajar pula diketuai oleh Ahmad Idham dan dibantu oleh Tauke, Yus dan Angah.
Berikut Senarai Peserta Raja Lawak Musim 6:-
Zero
Shiro
Skema
Kodan
Cuit
Selak
Gman
Albob
King
Ketupat
2yol
Riki
Tidak ada penyingkiran pada minggu pertama. BikinPanas tidak sabar menyaksikan persembahan seterusnya dari peserta-peserta Raja Lawak
Sunday, 15 January 2012
Rumah Tangga Rita Rudaini Goyah Lagi, Aidil Kini Keluar Dari Rumah
Membaca tulisan Raja Nurfatimah Mawar di dalam BiPop hari ini menyebabkan BP rasa kasihan yang amat kepada Rita Rudaini. Kebahagiaan yang ingin dikecapi nampaknya tidak berjaya dicapai lagi. Kata orang, kusangkakan panas sehingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Banyak sungguh dugaan yang menimpa insan bernama Rita Rudaini ini.

Alkisahnya, Aidil Zafuan, suami kepada Rita Rudaini sudah pun keluar daripada rumah sejak seminggu yang lalu. Puncanya apabila Zaquan dan Ayu Raudhah menghantar Aidil untuk mengangkut kesemua barangnya sehingga tiada apa-apa lagi ketika Rita dan anak-anak pulang ke kampung. Kata Rita:-

Saya tidak faham kenapa mereka tidak sudah-sudah mahu mencari pasal dengan saya. Rumah tangga kami sudah aman dan bahagia selama lapan bulan sejak saya memberi peluang kepada Aidil selepas apa yang berlaku dulu. Tapi, belum sempat menarik nafas lega, timbul pula musibah lain apabila Zaquan dan Ayu mencari pasal hingga kami bergaduh menerusi Twitter. Saya pelik kenapa Zaquan naik hantu apabila saya cakap ‘tak kisah mak mentua sayang atau tidak’, itu perbualan saya dengan peminat. Saya tidak menyentuh sesiapa pun, jauh sekali mahu memburukkan mentua. Tapi, Zaquan tiba-tiba menyampuk dalam Twitternya ‘memang tak kisah mak mentua tak sayang sebab rumah mak mentua pun tidak pernah balik. Jangan cari pasal la… Makin lama makin melampau’.Rita Rudaini ternyata kecewa apabila insiden peperangan menerusi Twitter ini berlaku sehingga membuatkan dia terasa seperti maruah dirinya dipijak-pijak. Kata Rita lagi:-
Saya rasa maruah saya seperti dipijak-pijak. Apabila saya membongkar rahsia bersama seorang wanita sebelum berkahwin dulu, dia mendakwa saya menyebarkan fitnah. Seperti mana mengaibkan saya, dia juga tidak akan terlepas daripada dimalukan. Fitnah atau sebaliknya, saya rasa Zaquan dan adik beradiknya tahu. Saya akui tidak pernah berbaik jauh sekali nak bercakap dengan Zaquan mahupun Ayu. Saya tidak faham kenapa Zaquan menggunakan Twitter untuk menyerang saya. Kalau tidak berpuas hati, kenapa tidak menghantar SMS? Zaquan seolah-olah membuka pekung di dada. Secara tidak langsung mengheret keluarganya sekali dalam pertelingkahan ini. Orang luar menilai baik keluarga kami. Tapi saya nak menegaskan saya tidak memulakannya.Yang penting, Rita Rudaini tidak menuduh semborongan apabila CCTV menjadi saksi kehadiran Zaquan dan Ayu Raudhah untuk membantu Aidil mengangkut barang-barangnya termasuk motosikal. Dan Rita melahirkan rasa kekecewaannya kerana campur tangan daripada Zaquan dan Ayu di dalam hal rumahtangganya:-
Sampai tahap itu Zaquan dan Ayu mahu melihat kemusnahan rumah tangga saya. Mereka tidak fikir, Aidil meninggalkan anak-anak yang masih kecil? Sanggup mereka nak memutuskan kasih sayang bapa dan anak-anak. Mereka tidak seharusnya campur tangan, Aidil sudah cukup matang dan boleh berfikir baik buruk tindakannya. Saya kesal, perbuatan Zaquan dan Ayu menjadi batu api dalam menghuru-harakan rumah tangga saya.BP paling sedih apabila membaca kata-kata Rita di bawah yang seolah-olah pasrah jika jodohnya tidak lagi bersama Aidil:-
Jujurnya, saya sudah letih, saya tidak kisah lagi apa yang berlaku selepas ini. Syukur jika jodoh antara saya dan Aidil masih panjang, jika berlaku sebaliknya, saya pasrah. Saya hanya ingin membesarkan anak-anak dengan didikan sempurna. Biarlah saya susah asalkan anak-anak bahagia.BP tak tahu nak cakap apa dan tak tahu siapa yang berada di pihak yang benar. Semoga perselisihan faham antara Rita, Aidil, Zaquan dan Ayu Raudhah dapat diselesaikan secepat mungkin. Bukan apa, impak yang paling besar pastinya kepada anak-anak sekiranya perpisahan terjadi. Semoga penceraian antara mereka berdua dapat dijauhkan.
Friday, 13 January 2012
Rumah Wardina Dirompak

Baru-baru ini, rumah Wardina dirompak oleh 3 perompak pada jam 3 pagi.
Perompak itu telah mengumpil pintu belakang rumah. Dalam kejadian itu, hanya Wardina, suami, 3 anak dan seorang pembantu rumah berada di rumah itu.
Apabila perompak memasuki rumah mereka telah dikumpulkan di bilik tidur utama. Walaubagaimanapun, hanya suaminya yang diikat oleh perompak. Dianggarkan jumlah kerugian ialah RM20,000 apabila 5 laptop, 4 handphone, cincin emas dan wang tunai RM200 berjaya dilarikan perompak.
Selain itu, kunci kereta juga telah dicuri. Setelah perompak itu lari, mereka telah membuat laporan polis di Balai Polis Hulu Kelang pada jam 4.30 pagi.
Perkahwinan Kali Kedua Hattan Musnah, Sah Bercerai

Desas-desus mengenai pergolakan rumah tangga Hattan dan isteri yang baru dinikahinya November lalu akhirnya terjawab apabila mereka disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, semalam.
Hattan atau nama penuhnya, Mohd Shukri Shahabuddin, 48, melafazkan talak satu di hadapan Hakim Abdul Rashid Ramli, sekitar jam 11.30 pagi, semalam.
Hattan hadir bersama pasangannya, Farah Asyikin Othman, 34, untuk memfailkan perceraian dan memohon dibicarakan pada hari sama. Difahamkan, penceraian itu berlangsung dengan baik dan dipersetujui bersama.
Thursday, 12 January 2012
Gaya Remaja Rozita Che Wan Di Majlis Ulang Tahun Pelakon Ryzal Jaafar
Pelakon ini kelihatan semakin melaram sejak kebelakangan ini. Orang kata hati kena muda sentiasa gittteeww. Menurut Mangga Online, Rozita Che Wan telah tampil dengan apa yang kami panggil ‘gaya remaja’ di majlis ulangtahun kelahiran seorang pelakon bernama Ryzal Jaafar di sebuah kelab baru-baru ini. Sekali pandang tak ubah seperti pakaian anggota kumpulan wanita K-pop.

Sebenarnya riak wajah Cik Ta hampir sama saja di kebanyakan gambar. Masa dia mengacara pun riak wajahnya begitu juga. Mungkin atas sebab itu beliau sering tampil dengan gaya berbeza di kebanyakan acara kot? Tapi tak nampak pula kelibat Zain Saidin di majlis ini, mungkin ada tapi tiada di gambar atau mungkin dia sedang sibuk. Apa-apa pun gaun remaja Cik Ta memang cantik, kan? Kan? Kan? Iyokan yolahh. Har har har.

Gossip Perkahwinan Farid Kamil Dan Diana Danielle

BikinPanas pun menyiasatnya dan ternyata ianya gossip semata-mata. Kata Diana Danielle, mereke belum merancang perkahwinan.
Namun tidak menolak jika jodoh itu tiba.
Walaubagaimanapun, tumpuannya kini hanya mengumpul wang untuk perbelanjaan melanjutkan pelajaran diluar negara dalam bidang Psikologi atau bidang Lakonan.
Wednesday, 11 January 2012
(Gossip) Nasha Aziz Sudah Bernikah Dengan Jejaka Warga Brunei

Straight to the point. Model dan juga pelakon yang boleh dikategorikan terkenal jugalah iaitu Nasha Aziz dikatakan sudah bernikah dengan seorang warga Brunei yang bergelar Haji dan berstatus duda. Malah turut dikatakan bahawa Nasha Aziz dan jejaka warga Brunei itu sudahpun bergelar suami isteri dalam tempoh 5 ke 6 bulan. Lama sudah tu.
Seperti apa yang disampaikan oleh penyampai gosip ini di laman Cari:-
“Correction. The guy yang kahwin Nasha ni ex wife bukan Caucasian hah, mintak ampun. Local woman ex wife p dah lama divorced lah.“Khabarnya dah 5-6 bulan kahwin. Abis lah tentu wartawan scoop tis news nanti. Ampun lah tuan haji bocor citer kat sini lak,”
Walau bagaimanapun, apa yang dikatakan ini masih boleh dicop sebagai gosip atau dalam erti kata lain, baca boleh percaya jangan kerana tiada sebarang berita sahih mengenai perkara ini keluar di mana-mana akhbar. Jadi, sama-samalah kita nantikan jawapan daripada Nasha Aziz sendiri berhubung gosip ini. Reporter, tunggu apa lagi?
Zaquan Adha – Tuduhan Rita Berbaur Ugutan
Petang semalam, agak gempar dunia hiburan tanah air bila pelakon, Rita Rudaini dan adik iparnya, pemain bola sepak Negeri Sembilan Zaquan Adha telah ‘berperang’ status twitter. Ia bermula apabila Zaquan membalas satu kenyataan Rita mengenai pelakon itu yang “tidak kisah mertua sayang atau tidak”. Hasilnya, Rita mendakwa adik iparnya itu telah membuatkan seorang gadis(bukan isterinya) mengandung dan kemudian meminta gadis itu menggugurkan kandungan. Malam semalam, Zaquan telah memberitahu Mstar Online supaya Rita tidak menyebarkan fitnah kononnya dia telah melakukan perkara-perkara tersebut. Dia turut mendakwa tuduhan Rita itu berbaur ugutan untuk memalu serta menjatuhkan maruahnya sebagai orang yang dikenali.

Menurut Zaquan:-

Menurut Zaquan:-
Terlalu banyak tuduhan berbaur negatif yang dia (Rita) lemparkan kepada saya. Terus terang saya katakan, dengan apa yang ditulis dalam Twitter itu sebenarnya berbaur ugutan kepada saya.Zaquan juga enggan komen lanjut tentang isu itu kerana bimbang ia memberi kesan buruk kepada keluarga dan keadaan:
Sudahlah ibu dan ayah saya tidak sihat, jika mereka dapat tahu tentang hal ini, mereka pastinya kecewa.
Saya tak mahu komen tentang perbalahan kami ini. Orang ramai boleh menilai sendiri dengan apa yang ditulis dalam entri Twitter saya itu.Walau begitu, Zaquan mengaku kesal dengan entri Twitternya yang mampu mengundang suasana ‘panas’ kepada Rita.
Tuduhannya sudah melampau dan saya tidak boleh bersabar dengan dakwaannya itu. Kerana itu, saya membalas setiap apa yang dituduh.
Tuesday, 10 January 2012
(Perang Twitter) Rita Rudaini Dakwa Zaquan Adha Pernah Mengandungkan Anak Orang!

Bermula dengat kemaskini Twitter yang berbunyi “xkisah pon mak mertua syg ke x dik..” daripada pelakon wanita yang boleh dikatakan cukup kontroversi, Rita Rudaini terhadap pertanyaan yang diutarakan oleh pengikut, tiba-tiba ianya berlanjutan menjadi satu ‘perang Twitter’ apabila kembar yang juga adik kepada suami Rita Rudaini iaitu Zaquan Adha mencelah melalui Twitter’nya dengan menulis:-

Walaupun kemaskini Twitter yang ditulis oleh Zaquan itu tidak menyebut nama Rita Rudaini, namun ianya jelas ditujukan kepada Rita Rudaini kerana kemaskini Twitter Zaquan itu bersangkut paut dengan kemaskini Twitter daripada Rita Rudaini. Ekoran daripada itu, bermulalah satu perang Twitter apabila baik di pihak Rita Rudaini mahupun Zaquan, masing-masing membuat kenyataan balas.
Bermula dengan kemaskini Twitter Rita Rudaini:-

Tidak mahu mengalah, Zaquan menyerang lagi:-

Mungkin berang dengan kata-kata Zaquan Adha itu, Rita Rudaini tiba-tiba mengeluarkan satu kenyataan penuh kontroversi yang sangat mengejutkan ramai pihak lebih-lebih lagi para pengikut (followers) Rita Rudaini di Twitter termasuklah kami apabila mendakwa Zaquan lebih kejam kerana dikatakan pernah menyebabkan seorang gadis hamil dan meminta agar kandungan itu digugurkan. Seperti kemaskini Twitter Rita Rudaini:-

Rita Rudaini meneruskan lagi serangan:-

Tiba-tiba muncul satu balasan Twitter daripada Rita Rudaini kepada salah seorang pengikutnya yang menghangatkan lagi dakwaan Rita Rudaini terhadap Zaquan itu.

Selepas beberapa serangan balas yang cukup panas yang dibuat oleh Rita Rudaini itu, nampaknya Zaquan hanya berdiam diri tanpa sebarang kenyataan balas seperti pemain yang dilayangkan kad merah semasa perlawanan bola sepak dan keluar meninggalkan padang. Mungkin juga Zaquan tidak mahu menambah lagi ketegangan dan mengambil keputusan memberhentikan saja ‘perlawanan’ tersebut bagi mengelak sebarang kemungkinan lain.
(GOSIP)Rita Rudaini Dan Zaquan Adha Saling Menyindir Menggunakan Medium Twitter?
Nampaknya artis-artis tanah air kita semakin maju menggunakan teknologi yang ada. Bukan sekadar mendekatkan diri dengan peminat, tetapi turut menggunakannya untuk meluahkan perasaan tidak puas hati kepada orang lain. Menurut penelitian BP, Rita Rudaini dan Zaquan Adha kelihatan seperti turut sama sindir menyindir sesama sendiri menerusi medium Twitter. Segalanya bermula apabila Rita Rudaini mengeluarkan statement di bawah ketika menjawap pertanyaan peminatnya:-

Zaquan yang nampaknya seperti membaca tulisan Rita kemudiannya menulis status update di Twitternya seperti di bawah:-

Mungkin secara kebetulan (ataupun selepas membaca tulisan di atas) Rita Rudaini pula mengeluarkan statement ini:-

Tidak dapat disahkan sama ada mereka berdua saling menyindir di antara satu sama lain atau status update tersebut ditujukan kepada orang lain. Jika benar mereka menyindir sesama sendiri, BP cuma mampu doakan mereka berdoa mampu berdamai.

Sunday, 8 January 2012
Konsert Avril Lavigne di Malaysia

Konsert Avril Lavigne di Malaysia bakal diadakan pada 18 Februari 2012.
Penyanyi rock wanita dari kanada ini bakal mengadakan konsert The Avril Lavigne Black Star Tour In Malaysia di Stadium Merdeka. Konsert tersebut bermula jam 8.30 malam.
Tiket berharga RM298, RM198 dan RM98 boleh didapati di Rock Corner KLCC, Subang Parade, The Gardens, Midvalley Megamall, The Curve, Victoria Music Centre dan The Guitar Store Outlets.
Antara lagu-lagu hitnya ialah Girlfriend, My Happy Ending, I’m With You, Sk8er Boi, Complicated dan banyak lagi.
Saturday, 7 January 2012
Aktor muda kena buatan orang ker?

BP kenal benar dengan sorang pelakon muda yang cute tu. Selain kacak dia juga baik budi bahasa.
Tapi baru-baru ni BP ada lihat gambar baru dia. Kurusnya dia. Nampak macam kurang sihat.
BP ada tanya sama ada dia memang diet atau kurang sihat, dia kata dia kurang sihat.
Saja jer tak tanya apa sakit dia sebab ada kawan BP bilang yang dia tu sedang berubat. Sakitnya ala ala jenis sakit misteri. Macam kena buatan orang gitu.
Sebab tu BP tak nak tanya. Sebenarnya dia ada cerita pasal sakit misteri tu kat kawan BP.
Ada orang dengkikan dia ker? Tak baik macam tu. Budak tu baik dan tak pernah kacau orang.
Janganlah dengki bila ada orang dapat peluang lebih. Dah dia rajin berusha dan berlakon makin baik, tentulah dapat peluang lebih.
Moga hero baru yang cun tu tabah dan segera sembuh. Dia tahu siapa yang dengkikannya, tapi dia tak nak sebut nama orang tu. Dia nak simpan sendiri rahsia dia. Itulah kisahnya.
Wednesday, 4 January 2012
Pelakon muda kaki clubbing
KALAU nak disebut nama seorang pelakon baru ini, BP rasa memang masih ramai yang menggaru kepala sebab namanya tidaklah popular mana. Tapi kalau diletak dengan gambar, rasanya ramai juga sudah kenal dengan wajahnya.
Orangnya memang cantik, tinggi lampai dengan se–nyuman yang manis. BP pun pernah juga menemu bualnya sebelum ini ketika dia sibuk mempromosikan filem sulungnya tidak lama dulu. Memang berbudi bahasa dan orangnya bijak mengambil hati.
Tapi BP sedikit kesal apabila diberitahu seorang teman yang sebenarnya si pelakon muda tadi sebenarnya seorang yang liar dan pandai menyorok sikap nakalnya.
Khabarnya si pelakon yang turut pernah muncul dalam beberapa drama televisyen ini sebenarnya seorang yang gemar berparti dan ‘kaki clubbing’ kata orang sekarang. Bukan main lagi gelagatnya yang ditemui teman BP di sebuah kelab hiburan di tengah bandar raya Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tapi kata teman BP tadi lagi, si pelakon tadi memang sudah selalu kelihatan di pusat hiburan itu dengan teman-temannya. Yang BP kesalkan kerana si pelakon cantik tadi sebenarnya masih lagi bersekolah. Cuma perwatakan dan wajahnya tampak matang sedangkan masih lagi memakai seragam sekolah.
Lebih mengejutkan, si pelakon yang tidak lama lagi akan menduduki peperiksaan penting tadi sering kali dilihat bersama seorang lelaki matang yang memandu kereta mewah apabila tiba di pusat hiburan itu.
Rasanya kata teman BP tadi, lelaki ‘kaya’ itu adalah skandalnya kerana mustahil ibu dan keluarga di pelakon tadi membenarkan dia berhubungan dengan lelaki berusia.
Bukan setakat berparti, tapi si pelakon tadi memang ‘kaki tunggang arak’ juga khabarnya. Bak kata teman BP, memang meja si pelakon tadi di dalam kelab penuh dengan minuman keras. Tanpa segan-silu si pelakon itu minum di khalayak ramai kononnya menyedari yang dirinya tidak dikenali.
Memang lagaknya tidak seperti budak sekolah dan orang Islam kalau datang pusat hiburan itu. Dengan selamba bercumbuan bersama kekasih berusia tadi.
BP memang sedih mendengar cerita teman tadi kerana kawan-kawan BP di meja hiburan banyak kali memuji sikap si pelakon tadi yang cukup menyenangkan. Tapi sayang, awal sungguh dia terjerumus ke kancah negatif seperti ini.
Bimbang belum sempat membina nama, perangai dan sikap buruknya pula yang akan menenggelamkan bakatnya sendiri.
BP harap si pelakon muda ini akan sedar dan tidak lagi memperjudikan masa depannya semudah itu lebih-lebih lagi pada usia yang begitu muda. Biarlah pengajian itu sudah dulu sebelum sibuk ingin mengikuti jejak selebriti lain yang gemar bersosial seperti ini.

Lelaki Vietnam cabul pembantu penyelia
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Vietnam bukan saja didakwa menunjukkan kemaluan kepada pembantu penyelia di tempat kerjanya, malah turut mencabul wanita berkenaan ketika bersiap untuk pulang di Jalan Raja Laut, di sini, Rabu lalu.
Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, pembantu penyelia berusia 20 tahun itu mendakwa lelaki warga asing terbabit mengekorinya hingga ke tandas sebelum menayangkan kemaluannya.
Menurut sumber, akibat terkejut, mangsa menjerit hingga pekerja lain datang melihat apa yang berlaku.
“Ketika pekerja lain sampai, suspek sudah beredar namun mereka kemudian menanyakan perkara itu kepada suspek dan dia menafikan kejadian itu,” katanya.
Menurut sumber, tidak berpuas hati dengan suspek, mangsa memaklumkan perkara itu kepada majikannya yang mengarahkan gaji suspek dipotong.
Katanya, mangsa yang menyangkakan semua sudah selesai meneruskan pekerjaannya.
“Bagaimanapun, mangsa sekali lagi didatangi suspek ketika ingin pulang pada jam 11 malam dan kali ini lelaki terbabit bertindak lebih berani apabila menyentuh kemaluan wanita itu.
“Sebaik menyentuh kemaluan mangsa, suspek beredar seolah-olah tiada apa berlaku.
“Geram dengan perbuatan suspek, mangsa menerpa ke arahnya dan memarahi lelaki terbabit,” katanya.
Mangsa yang tidak berpuas hati dengan perbuatan biadab suspek membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi pada hari sama jam 1 pagi, Khamis lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Subscribe to:
Posts (Atom)