
Penyanyi popular, Ramlah Ram menafikan dia bercinta dengan pengurusnya sendiri, sepertimana yang dikhabarkan di halaman pojok sebuah akhbar mingguan baru-baru ini.
![]() |
Ramlah ram mengenali orang yang menyebarkan fitnah terhadapnya |
“Semua itu fitnah! Saya tidak mahu cakap siapa yang menyebarkannya tetapi saya tahu siapa mereka. Ia adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan saya akan cuba menyelesaikannya.
“Saya sangat malu bila terbaca berita ini di akhbar, dan mula terfikir, apa pandangan orang terhadap saya? Apa kata keluarga Hafiz (pengurus) dan apa kata keluarga saya?
“Saya kenal si penyebar fitnah ni, saya tidak tahu apa tujuan dia tapi jika begini caranya, sudah tentu tujuannya tidak baik.
“Setakat ini saya tidak mahu saman-menyaman, sebab ia akan melibatkan banyak pihak tapi saya akan berjumpa dengan orang yang menyebarkan cerita ini untuk bertanya apa tujuannya sebenarnya. Untuk memaafkannya, Insya-Allah tapi saya harap dia ulangi perkara sebegini lagi.
“Bila dikaitkan tentang cinta di usia sebegini, saya rasa tidak selesa dan malu, orang lain yang membacanya juga pasti menyampah, jadi saya rasa tidak mahu keterlaluan bercerita,”jelas Ramlah Ram yang mengakui masih belum bercinta dengan sesiapa.
No comments:
Post a Comment