Saturday, 31 December 2011

2011 Highlight: Selebriti Paling Popular, Aaron Aziz


Eh, anda mungkin ada pendapat yang lain tetapi rasanya anda mungkin akan bersetuju yang selebriti paling popular untuk tahun 2011 ialah tak lain dan tak bukan, pelakon kacak Aaron Aziz. Komen menarik penulis blog rebiu filem terbaik, That Movie Blogger Fella :
Rupanya yang kendu gilababi sudah tentu membantu, tetapi beliau juga ada kemahiran disebalik kehensemannya.
Boleh kami katakan, nama Aaron Aziz meningkat secara mendadak selepas dia terbabit dengan drama Nora Elena yang ditayangkan di TV3 menerusi slot Akasia beberapa bulan dahulu. Tidak seperti pasangannya Siti Saleha yang sedikit tenggelam selepas Nora Elena, keterlibatan Aaron Aziz dalam beberapa filem yang mendapat kutipan tinggi seperti KL Gangster dan Ombak Rindu telah meningkatkan lagi populariti beliau.
Rasanya ini juga berkait rapat dengan hakikat yang pelakon ini mempunyai personaliti yang menyenangkan, perhubungan awam yang baik dan isteri beliau, Diyana Halik, seorang pengurus yang efektif dan bijak dalam menguruskan kariernya.
Adakah Aaron akan mengekalkan popularitinya untuk tahun 2012? Hanya usaha dan masa yang akan menentukannya.
Apa pun, selamat maju jaya, Aaron Aziz. Kredit gambar, We Love Aaron Aziz.

Os Akan Terus Bawa Teksi Selepas Bergelar Juara Maharaja Lawak Mega


BikinPanas benar-benar tak tahu yang Os selama ini bekerja sebagai pemandu teksi. Dan apabila ditanya apakah yang akan dilakukan selepas bergelar juara Maharaja Lawak Mega, Os menjawap:-
osbon
"Macam biasa saya akan terus membawa teksi saya. Cuma dengan duit kemenangan itu, saya bercadang mahu menambah baik teksi saya itu supaya ia lebih solid demi memberi keselesaan kepada para penumpang saya kelak. Pemandu teksi adalah kerjaya saya sekarang ini. Malah, saya akan terus menggunakan teksi saya itu kerana keadaannya masih elok. Apatah lagi, permit teksi saya itu pula hanya akan mati pada tahun 2015. Selain itu, saya akan menggunakan duit kemenangan ini bagi menyara anak-anak saya yang ramai dan masih kecil".
BikinPanas suka benar dengan kata-kata daripada Os. Nampak rendah diri dan tak berlagak. Semoga selepas ini makin ramai yang akan naik teksi Os. Dan BikinPanas pun berharap agar otai-otai seperti Os dan Abon ini diberi lebih banyak peluang untuk muncul di kaca TV kerana lawak mereka masih padu.

Wednesday, 28 December 2011

Ramlah Ram nafi bercinta dengan pengurus



Penyanyi popular, Ramlah Ram menafikan dia bercinta dengan pengurusnya sendiri, sepertimana yang dikhabarkan di halaman pojok sebuah akhbar mingguan baru-baru ini.

Ramlah ram mengenali orang yang
menyebarkan fitnah terhadapnya
Ramlah yang ditemui di majlis sidang akhbar program realiti pencarian bakat, Mentor musim ke-6 melahirkan rasa kecewa terhadap gosip yang tersebar dan memaklumkan telah berjumpa dengan wartawan terbabit untuk member penerangan yang sebenarnya.

“Semua itu fitnah! Saya tidak mahu cakap siapa yang menyebarkannya tetapi saya tahu siapa mereka. Ia adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan saya akan cuba menyelesaikannya.

“Saya sangat malu bila terbaca berita ini di akhbar, dan mula terfikir, apa pandangan orang terhadap saya? Apa kata keluarga Hafiz (pengurus) dan apa kata keluarga saya?

“Saya kenal si penyebar fitnah ni, saya tidak tahu apa tujuan dia tapi jika begini caranya, sudah tentu tujuannya tidak baik.

“Setakat ini saya tidak mahu saman-menyaman, sebab ia akan melibatkan banyak pihak tapi saya akan berjumpa dengan orang yang menyebarkan cerita ini untuk bertanya apa tujuannya sebenarnya. Untuk memaafkannya, Insya-Allah tapi saya harap dia ulangi perkara sebegini lagi.

“Bila dikaitkan tentang cinta di usia sebegini, saya rasa tidak selesa dan malu, orang lain yang membacanya juga pasti menyampah, jadi saya rasa tidak mahu keterlaluan bercerita,”jelas Ramlah Ram yang mengakui masih belum bercinta dengan sesiapa.

Friday, 23 December 2011

Seksinya Amanda

Wow! Semakin hari semakin berani penyanyi baru Amanda Imani bergaya seksi.

Semasa hadir ke sebuah majlis glamor baru-baru ini Amanda tidak kekok mengenakan dress labuh yang tidak menutup bahagian belakang badan dia.

Walaupun dewan majlis itu dingin dengan pendingin hawa, tapi Amanda biasa sahaja dengan fesyen terdedah belakang itu.

Tak tahulah dia yang minta untuk menyarungkan fesyen sedemikian atau terpaksa memakainya sebab tak sempat lihat sebelum majlis bermula.


Moden katanya... kau ada?
Fesyennya pakaian yang digayakannya memang cantik. Cuma terlebih seksi sahaja. Mangga Muda ni tak adalah alim sangat, tapi sapa-sapa pun akan kata baju tu seksi sangat tu bagi anak dara sunti macam Amanda.

Fesyen begitu memang kita sering lihat kalau ada acara glamor di Hollywod. kalau ada majlis anugerah, bintang Hollywood akan menjadi tumpuan kerana fesyen baru yang dipakainya. Bab dedah mendedah tak jadi masalah bagi mereka.

Agaknya Amanda nak mengikut tema sebab pada malam yang dihadirinya itu temanya New York dengan tema warna pula hitam dan putih.

Kalau tak silap Mangga Muda tak lama dulu ada artis baru Miera Leyana jadi bahan hentaman kerana pakaian yang disarungnya menampakkan sebahagian buah dada sebab terdedah pada bahagian bawah lengan.

Tapi selepas itu Miera jadi popular. Adakah Amanda nak jadi macam itu jugak?

BikinPanas : Kedinginan juga malam itu walaupun baju yang dipakai menutup keseluruhan badan.

Tuesday, 6 December 2011

Anzalna Bukan Penggoda

AMBOI… Jelita dan manis sungguh pelakon baru Nur Anzalna Md Nasir (23) ni! Raut wajahnya berseri-seri ibarat bulan mengambang gitu… Walaupun cun melecun dan digilai ramai, Anzalna tak pernah guna kelebihan yang ada untuk goda lelaki kaya. Anzalna lebih suka berdikari untuk berjaya dan kumpul harta.

Jom baca apa komen Anzalna yang juga lepasan Diploma Bahasa Perancis di Launceston College, Tasmania, Australia.

Cerita Anzalna:
“Tak dinafikan sebelum ni saya pernah bawa watak penggoda, tapi di alam realiti saya bukan macam tu tau! Hehe…

“Memang ada gadis yang guna kecantikan untuk goda lelaki kaya. Bagi saya itu terpulanglah kepada mereka. Itu hak masing-masing. Cuma jangan goda suami orang yang kaya dah laa… tak elok kacau rumahtangga orang kan!

“Kalau ada gadis yang goda suami orang kerana ingin menikmati kemewahan, lebih baik hentikan saja. Bercinta kerana harta semata-mata takkan kekal lama. Namun, kalau dah jodoh… siapalah kita untuk menafikan takdirNya.

“Saya sendiri takut kalau bercinta atau kahwin dengan lelaki kaya. Saya pernah dengar pengalaman daripada kawan-kawan. Mereka cakap lelaki kaya suka buat apa sahaja tanpa fikirkan perasaan perempuan.

“Ye laa… Mereka rasa boleh berkahwin lebih daripada seorang kerana banyak duit. Saya sendiri tak nak hidup bermadu. Mintak dijauhkan sangat-sangat! Sharing is not caring tau!

“Tentang kerjaya, selepas berlakon siri drama Suria Di Cordoba (Astro Prima) dan Ramadan Terakhir (TV3), bakat saya semakin diterima. Banyak lagi yang perlu saya belajar. Terima kasih kepada semua yang mempercayai bakat saya.

“Tentang cinta, saya dah putus cinta sebelum hari raya pada Ogos lalu. Kami putus sebab tidak serasi. Dia juga tak suka saya berlakon dan cemburu bila rapat dengan kawan-kawan lelaki.

“Sekarang saya dah ada kekasih baru dan bukan artis. Dia seorang yang suka memikirkan masa depan, berdikari, sedap mata memandang dan melayan saya dengan baik. Saya bahagia bila ada cinta baru ni, rasa lebih bersemangat untuk teruskan kehidupan. Hehe…”

Demikian cerita Anzalna yang selalu buat modeling untuk Butik Aqiza di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras. KL. Anzalna juga akan muncul dalam Sepah The Movie tak lama lagi. Sebelum ini Anzalna dah berlakon banyak iklan seperti Celcom, Franch Oil dan ECPI. Insya Allah… Pakej yang ada boleh buat Anzalna pergi jauh. Apa yang penting jaga disiplin ya!

Thursday, 1 December 2011

(TAHNIAH)Lisa Surihani Terima Anugerah Pencapaian Khas Puteri UMNO


Secara jujur BikinPanas tak tahu pulak yang Lisa Surihani merupakan salah seorang anggota Puteri Umno. Apa pun tahniah BikinPanas ucapkan kepada Lisa Surihani kerana mendapat Anugerah Pencapaian Khas Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung Umno sebentar tadi. Bukan calang-calang orang rasanya boleh mendapat pengiktirafan sebegini.
lisa surihani dapat anugerah umno
Empat penerima lain ialah Johan Qariah Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa 2011, Suraya Abu Hassan; penerima kumpulan pertama Biasiswa Nasional 2010, Nur Izzati Zainal Nazeri; pemenang pingat emas dalam sukan renang Sukan SEA 2011, Katrina Ann Abd Hadi dan usahawan wanita cemerlang, Harlina Hamid. Tahniah BikinPanas ucapkan kepada semua.