Seorang pelakon muda yang lincah dan seorang lagi bekas pemain muzik yang juga bekas suami kepada pelakon terkenal. Siapa dia? Pasangan itu ialah pelakon Yasmin Hani dan Shaarin (Blackrose) bekas suami Ida Nerina.

Tak adalah apa-apa aksi yang menjolok mata yang mereka buat, tapi mereka kelihatan mesra sekali dan tak kisah bila orang sekeliling memerhatikan mereka.
"Pada mata aku mereka nampak macam pasangan bercinta," kata kawan BP yang juga masih jumblo itu.
Tak kisahlah kalau benar mereka berkasih sekalipun sebab masing-masing tak ada ikatan. Hani masih solo dan Shaarin juga kembali solo selepas selesai kesnya dengan Ida yang sempatlah hangat tak lama dulu.
Kalau benarlah mereka sedang menjalin hubungan nampaknya Shaarin sering bersama artis. Yalah sebab duninya dunia seni, maka orang yang ditemuinya juga pastilah orang seni.
Tak tahulah kot-kot mereka ke sama sebab ada kerja atau ada orang lain lagi bersama-sama mereka. Manalah tahu mereka berjanji untuk bertemu kawan-kawan di sana kan?
BikinPanas : Tak mahu pandang serong kepada sesiapa pun.
No comments:
Post a Comment