Monday, 18 April 2011

Mentor: Baju Uji Rashid tak sampai

Bergambar sebelum memulakan persembahan.

Kesian pula dengar cerita penyanyi evergreen Uji Rashid yang tak sempat melaram pakaian tajaan semasa menjadi artis undangan Ayish dalam konsert ketiga kumpulan A, Mentor 5 Ahad lalu.

Kerana kesilapan teknikal pihak sponsor pakaiannya, Uji terpaksa memakai apa yang ada termasuk seluar, tudung dan inner yang dipakainya dari rumah. Walaupun dalam keadaan kurang sempurna, biduanita itu tetap meneruskan nyanyian kerana tidak mahu memberi tekanan kepada protege Noh (Hujan) itu.

Warna persembahan mereka sangat menghiburkan
Nasib baik usaha last minutes itu berjaya menimbulkan mood 70-an yang dibawakan oleh Ayish pada persembahan malam itu. Mereka berduet lagu Katakanlah dan Menunggu Nasi Minyak. Mungkin ada yang tak perasan pasal baju itu kerana moodnya sudah kena.

Uji bersama perunding imej Rashid Hamid (kiri),
pembantu peribadi Kit dan jurusolek Zul Bastari (kanan)

Untuk menimbulkan keserasian antara Uji dan Ayish, Uji terpaksa memakai tali pinggang warna gold yang asalnya untuk Ayish. Nasib baik topi besar dan boot terlebih dahulu sampai. Hanya baju yang tak sempat tiba pada masa yang tepat.
Semasa Uji dan bersiap di belakang pentas barulah baju ropol yang cantik itu tiba. Nak buat macam mana segalanya sudah terlambat dan Uji tidak mahu menjadi penyebab kepada masalah teknikal kerana dia hanya penyanyi undangan sahaja.
Itulah antara cabaran mengadakan persembahan secara langsung. Penonton tak tahu apa yang berlaku di belakang pentas.

Kalau ada yang sakit atau alami apa sahaja masalah, terpaksa digagahkan diri dan lupakan masalah kerana mahu memberikan persembahan yang terbaik.

Persembahan tetap diteruskan.
Pose manja Uji Rashid menunggu bajunya tiba.
Bukan senang rupa-rupanya nak jadi artis ni. Kena kuat melalui apa sahaja dugaan. Artis lama yang dah bertahun-tahu melaluinya pastilah sudah lali dengan masalah-masalah sedemikian.

Berbalik kepada cerita baju Uji Rashid tadi, setelah selesai persembahan, Noh ada datang kepada Uji di bilik persalinan dan memohon maaf kerana masalah tersebut.

Kebetulan ibu Noh yang turut hadir asyik berbual dengan Uji. Maklumlah Uji juga ada saudara mara di Sarawak.
"Tak apa lah... bukan salah awak. Apa-apa pun yang penting kita sudah membuat persembahan terbaik dan semua orang enjoy menontonnya tadi," kata Uji.

BikinPanas : Kita ada juga dengar ura-ura Noh mahu berduet dengan Uji Rashid nanti. Tak tahulah sejauh mana kebenarannya. Macam mana bunyi muziknya kalau Noh dan Uji berduet ya. Pasti gempak sebab sekarang ini semakin banyak anak muda yang kreatif mencipta lagu. Noh juga mempunyai sentuhan yang serasi dengan telinga pendengar sekarang. Selain itu ada sorang kawan Kita yang tiba-tiba jadi peminat Noh gara-gara mengundang Uji berduet dengan Ayish.

No comments:

Post a Comment