Wednesday, 30 November 2011

Siti Saleha Menghiasi Majalah Jelita Edisi Disember 2011


Seorang lagi artis wanita yang meningkat naik dengan pesatnya pada tahun 2011 tak lain tak bukan ialah Siti Saleha. Sayangnya dengar cerita si cantik manis ini bakal berhenti berlakon buat sementara waktu untuk menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Mungkin itu berita sedih untuk peminat Siti Saleha, tetapi BikinPanas respek kepada artis-artis seperti Siti Saleha yang yang mementingkan pelajaran.
siti saleha jelita
Beberapa keping lagi gambar Siti Saleha untuk tatapan anda yang diambil daripada Facebook Siti Saleha dengan membaca entri ini sepenuhnya.
siti saleha
siti saleha
siti saleha
siti saleha
siti saleha
siti saleha
siti saleha
siti saleha
siti saleha
siti saleha

Nur Fazura Dalam Majalah GLAM Dan EH!


da dua sisi yang berbeza bagi Nur Fazura untuk majalah GLAM dan majalah EH! kali ini. Namun kedua-duanya tetap menyerlahkan kecantikan Fazura. Kesimpulannya, orang kalau dah cantik, buatlah fesyen tangkap gambar macam mana pun, tetap akan timbul kecantikannya. Tak gitu?
fazura glam eh
Secara jujur BikinPanas lebih menggemari sisi Fazura yang tampak ceria untuk cover majalah EH!. Anda pulak suka yang mana satu?
fazura glam eh
Apa pun BikinPanas nak ucapkan tahniah kepada Fazura kerana pada tahun 2011 ini BikinPanas nampak populariti dan mutu lakonan Fazura semakin mantap. Semoga perkembangan sihat ini dapat dibawa ke tahun 2012 kelak. Sila LIKE Facebook Fazura tanda sokongan anda kepada si cantik manis ini.

Tuesday, 29 November 2011

(22 GAMBAR)Maya Karin, Heroin Filem Ombak Rindu


Khamis ini akan bermulalah tayangan filem Ombak Rindu yang menampilkan pelakon hebat seperti Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani. Daripada review yang didengar, khabarnya filem ini mampu membuatkan anda menitiskan air mata. Nak tahu benar atau tidak, kenalah pergi tonton sendiri filem yang diadaptasi daripada novel ini.
maya karin baru
Lagi beberapa keping gambar Maya Karin dengan membaca entri ini sepenuhnya. Terima kasih kepada Shahrizan kerana sudi berkongsi gambar si cantik Maya Karin. By the way, sila LIKE Official Facebook Maya Karin untuk maklumat terkini tentang dirinya.
maya karin baru
maya karin baru
maya karin baru
maya karin baru
maya karin baru
maya karin baru
maya karin baru
maya karin baru
maya karin baru
maya karin baru
maya karin baru
maya karin baru
maya karin baru
maya karin baru
maya karin baru
maya karin baru
maya karin baru
maya karin baru
maya karin baru
maya karin baru
maya karin baru

(GOSIP)Penyebar Gambar Shida Harmi Bersama Khairul Fahmi Che Mat Bakal Disaman?


Dalam pada hangat gambar-gambar Khairul Fahmi Che Mat beraksi mesra dengan seorang gadis yang bernama Shida Harmi berlegar di ruang Internet, Shida Harmi sendiri berdiam diri walaupun Shida menjadi sasaran kritikan orang ramai. Walau bagaimanapun, melalui sumber yang boleh dipercayai, Shida Harmi menafikan dia menyebarkan gambar-gambar itu dan mendakwa dia difitnah. Bukan itu saja, sumbar yang rapat dengan Shida Harmi mendakwa Shida tahu siapa yang menyebarkan gambar tersebut dan memohon agar mereka bertaubat. Gambar-gambar tersebut dikatakan oleh Khairul Fahmi diambil sebelum dia bertunang pada Mei lepas sewaktu berkaraoke.
Walau bagaimanapun, perkembangan terbaru ialah pihak Shida akan menyaman pihak yang menyebarkan gambar dan fitnah tersebut, seperti yang dinyatakan oleh individu yang rapat dengan Shida melalui Twitternya. Kami terpaksa merahsiakan Twitter itu buat masa ini kerana berita ini buat masa ini masih gosip. BeautifulNara sedang cuba mendapatkan kenyataan Shida Harmi berkenaan perkara ini. Jadi, nantikan saja.

Hattan Nafi Bercerai, Sound Zubir Berita Harian Gemuk Dan Pendek



hattan nafi bercerai
Hattan dengan segera menafikan gosip penceraiannya dan siap sound Zubir lagi kerana menyebarkan cerita tidak benar ini.
"Aku tengah drive ke KLIA untuk jemput isteri aku balik dari Hong Kong — memang tiada isu dan kau ada baca tulisan Zubir Berita Harian? Dia tulis aku ceraikan isteri aku dengan talak tiga — suka hati dia — walaupun tidak menyebut nama aku, tetapi aku tahu dia tujukan pada aku. Aku tidak panggil dia seorang sahaja — wartawan lain semua aku beritahu — dia siapa lagi pun, bukan Anuar Zain, sudahlah gemuk pendek ada hati mahu di’sanjung sanjung. Kau tulis apa aku cakap".
Memang padat sekali kritikan yang telah diberikan oleh Hattan kepada Zubir. Apa pun BikinPanas doakan agar Hattan dan isteri barunya, Farah agar kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

Johan Raja Lawak Tidak Mahu Komen Isu Saman Buat Masa Ini


Akhbar Sinar Harian telah menghubungi Johan Raja Lawak untuk mendapatkan reaksinya mengenai saman yang bakal dikenakan terhadapnya oleh rakan pengacaranya, Fauziah Ahmad Daud untuk Festival Filem Malaysia ke 24, tetapi tidak mahu memberi penjelasan lanjut mengenai ‘ketelanjurannya’ itu kerana enggan memanaskan lagi keadaan:-
"Buat masa ini, saya belum menerima apa-apa surat saman. Saya tidak mahu komen lebih-lebih mengenai perkara ini.
Jika saya ada apa-apa program melibatkan media, baru saya bersedia untuk memberikan kenyataan kerana saya mahu adil pada semua teman media.
Saya tidak mahu ulang benda sama banyak kali. Biar kita duduk pada suatu tempat yang sama, tanyalah apa pun, saya bersedia untuk menjawab".
Kami rasa mungkin akan ada sidang akhbar berkenaan perkara ini dari Johan tidak lama lagi untuk memastikan apa sebenarnya reaksi Johan tentang tindakan yang bakal dikenakan oleh Fauziah. Ironinya di sini, Fauziah juga pernah dikenakan saman oleh Azwan Ali kerana satu kenyataannya semasa mengacarakan program Melodi satu ketika dulu. Azwan Ali walau bagaimana pun tidak berjaya dalam tuntutan samannya itu.

Sunday, 27 November 2011

Nabila Huda Marah Bekas Suami Di Twitter


Melalui apa yang ditulis, agak jelas yang Nabila Huda telah memarahi bekas suaminya di Twitter kerana mengutuknya kepada orang ramai sejam lalu. Dia juga menyatakan yang lelaki itu tidak memberikan apa-apa sumbangan kepada anak mereka.

Cuma agak tidak manis juga bila Twitter dijadikan medium lepas geram kerana anda seorang selebriti.


Untuk pengetahuan anda, Nabila juga dikatakan telah bergaduh dengan beberapa individu yang menegurnya tentang isu dia berbikini di Twitter sebelum ini. Pada pendapat kami lebih baik jika Twitter digunakan untuk sesuatu yang positif, misalnya memberi informasi tentang karier kepada peminat. Hal peribadi, boleh saja kekal sebagai…hal peribadi. Dia yang agak hangat kebelakangan ini kerana beberapa kontroversi, menggunakan cara ini untuk menghilangkan stres mungkin? Apa-apa saja lah, Nabila.

Ogy Ahmad Daud Akan Saman Johan Raja Lawak Kerana Menghinanya


Pelakon terkenal, Fauziah Ahmad Daud, menyatakan kepada Utusan Malaysia yang dia akan menyaman Johan Raja Lawak, pasangannya sewaktu mengacarakan Festival Filem Malaysia Ke 24 kerana mengaibkannya. Ini ialah berkenaan cara lawak Johan sewaktu mengacarakan festival itu yang menggunakan Fauziah sebagai bahan lawak dalam nada persendaan:
"Dia memang kurang ajar. Bukan setakat bakat saya, malah arwah ibu dan bapa saya turut dipersenda sesuka hati. Namun yang paling saya terkilan, dia boleh mempersendakan Tahun Gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad junjungan kita.
Ini satu penghinaan dan saya tak boleh bertoleransi dengan orang yang biadap seperti itu".
Sebenarnya tidak nampak pada mata kami seolah Fauziah sedang menahan perasaan malam itu, tetapi dia berkata:-
"Saya tak tahu kalau ada yang perasan atau tidak, tetapi sepanjang berada di pentas, saya hanya menahan rasa kecewa dengan kerenah Johan yang kurang ajar.
Sebagai manusia, bohonglah kalau saya tak terasa bila orang memperkotak-katikkan arwah ibu dan bapa, mengutuk saya ni dah tua dan sebagainya.
Jangan kerana saya ni anak yatim dan tidak bersuami maka orang boleh memperlekehkan saya.
Saya tahu saya ni dah berusia, tetapi saya tidak perlukan orang untuk menyedarkan saya mengenainya.
Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu perasaan saya ketika dimalukan sebegitu sekali".
Tidak menafikan Johan berbakat dalam bidang jenaka, Fauziah menambah yang Johan turut datang lewat 3 jam untuk latihan:-
"Saya tahu dia berbakat untuk buat lawak tetapi cara dia melampau. Sudahlah masa latihan sebelum majlis berlangsung dia datang lewat.
Kami diminta datang pukul 3 petang, dia sampai pukul 6 petang. Macam mana tu? Tiga jam saya menunggu, tetapi dia langsung tidak minta maaf pada saya.
Pembantu peribadi dia yang malu dan berkali-kali minta maaf dari saya. Mana budi bahasa? Tetapi saya sedikit pun tidak bising pada dia. Kalau dia nak jawab, jawablah pada Astro".
Fauziah juga nekad dengan keputusannya untuk menyaman Johan:-
"Saya berpegang pada hak asasi manusia. Tidak kira siapa pun, kalau mereka telah memperlekehkan maruah diri dan ibu bapa saya, saya tidak akan bertolak-ansur.
Biar dia datang minta maaf sekali pun, saya tidak akan layan. Sebab seseorang harus bangkit memberi pengajaran kepada budak baru seperti dia yang tak tahu apa makna menghormati.
Bukan saya datang cari Astro untuk minta jadi pengacara malam itu, tetapi Astro yang datang cari perempuan buruk ini untuk menjayakan majlis.
Tapi saya datang bukan untuk diperlekeh-lekeh begitu.
Saya akan bangkit mewakili mana-mana artis senior yang rasa diri mereka diperlekehkan orang baru.
Jangan main-main dengan Fauziah Ahmad Daud. Saya tidak akan lepaskan budak ini".
Pada pendapat kami, teguran melalui media pun sudah cukup, tetapi Fauziah berhak melakukan apa yang dirasakannya perlu. Wajarkah Johan disaman pada pendapat anda? Kredit gambar MKstreet.

Friday, 25 November 2011

Surat Penjelasan Ernst & Young Tentang Isu Penarikan Kemenangan Yuna Dalam AIM


Nah surat penjelasan  daripada Ernst & Young tentang penarikan kemenangan Yuna dalam AIM baru-baru ini. Semoga penerangan ini akan dapat mengelakkan sebarang teori kononnya wujud konspirasi untuk memenangkan pihak-pihak tertentu.
surat penjelasan ernst and young
Sementara itu Yuna di dalam Twitternya menyatakan yang dia OK dengan keputusan ini dan berharap agar orang lain pun turut OK. Kalau tuan punya kena tarik trofi pun dah kata dia OK, kita pun OK jugaklah kan?
yuna
Sekali lagi Abang Nara berharap agar perkara seperti ini tidak berulang lagi.