Thursday, 30 June 2011

Wardina Beri Tempoh 14 Hari Kepada Blogger


kes wardina
Tiba-tiba nama Wardina meletup bagai bom atom apabila dikaitkan dengan sebuah parti politik. Namanya ditulis di banyak blog-blog politik yang cuba mengambil kesempatan di atas hal ini. Wardina yang memang terkenal dengan semangat wajanya telah memberi 14 hari kepada blogger terbabit untuk menarik balik entri tersebut.
Pengacara popular, Wardina Safiyyah Fadlullah, 32, memberi tempoh 14 hari mulai semalam kepada pengendali blog yang mengaitkan dirinya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya mengeluarkan gambar dan artikel berkaitan dirinya daripada blog tersebut.
Menurut Wardina, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya pengendali blog terbabit masih berdegil dan enggan berbuat demikian.
Ujar pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 itu, blog tersebut telah memuat naik gambarnya semasa tidak memakai tudung yang disifatkan sebagai menghina dan memalukannya.
“Saya mempunyai anak dan suami. Membuka aib saya pada masa dahulu sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka.
“Jadikan kisah saya sebagai tauladan dan saya berharap hal ini tidak terjadi kepada artis-artis lain (yang kini memakai tudung),” ujarnya pada sidang akhbar di sini semalam.
Baca entri ini sepenuhnya untuk penjelasan Wardina mengenai punca kekecohan ini.
Pengacara Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot,32, atau Wardina menjelaskan tidak mengetahui Program Karnival Mesra Rakyat yang diadakan di Desa Mentari, Petaling Jaya dekat sini 26 Jun lalu adalah anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Wardina berkata, kehadirannya pada majlis tersebut atas jemputan seorang individu yang memintanya memberi ceramah berkaitan keibubapaan.
“Saya sepatutnya hadir pada sebelah siang tetapi disebabkan sibuk dengan aktiviti lain, saya dijemput menghadiri pada sebelah malamnya kerana diberitahu ramai orang sedang menunggu.
“Dalam jemputan itu saya diminta memberi ceramah mengenai institusi kekeluargaan tanpa dimaklumkan majlis berkenaan adalah anjuran pertubuhan politik termasuklah kehadiran wakil rakyat pembangkang,” katanya di Kelab Darul Ehsan di sini, Rabu.
Wardina berkata demikian bagi menjelaskan tuduhan kononnya dikatakan terlibat dengan pertubuhan politik pembangkang termasuklah menyokong perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).
Turut hadir peguamnya Muhammad Hanif Harun dan Iylia Iqbal Ibrahim.
Jelas Wardina, sewaktu dia tiba di majlis itu kelihatan Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali dan dia telah diminta duduk sebelah wakil rakyat tersebut.
“Pada majlis itu saya hanya sempat memberi ceramah selama kira-kira sepuluh minit dan sebelum acara tamat, saya terus meninggalkan majlis selepas mendapat sedikit bayaran daripada pihak penganjur,” ujarnya.
Menurut Wardina, dia terkejut apabila kehadirannya telah dimanipulasikan sehinggalah ada pihak menuduh kononnya dia cenderung kepada PKR selain menyokong perhimpunan haram, Bersih.
Tambahnya, lebih memalukan gambar-gambar silamnya yang tidak bertudung telah disiarkan di beberapa blog dengan lemparan kata-kata yang kurang enak selepas insiden berkenaan.
“Saya ingin menjelaskan yang saya tidak terlibat dengan mana-mana pertubuhan politik apatah lagi menyokong demonstrasi jalanan.
“Malah saya lebih sedih apabila gambar-gambar lama saya tidak bertudung disiarkan menerusi bloq yang mana ia boleh memalukan saya dan keluarga sedangkan saya sudah berubah,” ujarnya.
Ditanya adakah dia mempunyai hubungan baik dengan mana-mana pemimpin politik pembangkang, kata Wardina sebagai seorang selebriti dia berhak berbaik dengan sesiapa sahaja.
Wardina turut menjelaskan, tekanan yang berlaku disebabkan insiden berkenaan membuatkan dia terpaksa mengambil keputusan berehat daripada menjadi pengacara Malaysia Hari Ini di TV3 selama dua bulan.
Kata Wardina, tindakan itu bukanlah hukuman yang dikenakan stesen televisyen berkenaan sebaliknya ia adalah keputusan dia sendiri untuk membolehkan isu itu kembali reda selain mahu menceriakan semula kehidupannya.
“Saya tidak akan menjadi ceria jika saya dibebani dengan masalah. Jadi, adalah lebih baik saya berehat seketika dan perkara itu telah dipersetujui oleh pihak TV3,” katanya.
Sementara itu peguamnya Iylia Iqbal Ibrahim meminta pemilik bloq yang menyiarkan gambar-gambar Wardina tidak bertudung agar mengeluarkannya segera dalam tempoh dua minggu sebelum tindakan ke atas mereka diambil.
Katanya, tindakan itu perlu untuk menjaga reputasi Wardina yang terjejas dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan gara-gara salah faham tersebut.

Isteri-Isteri Salih Yaakob Jeles Dengan Emi



isteri salih yaakob
Rasanya anda semua pun perasan terutama semasa Maharaja Lawak di mana Salih Yaakob sentiasa ada bersama dengan isteri barunya, Emi. BikinPanas ada terfikir jugak takkanlah isteri-isteri tua SY tak jeles asyik-asyik Emi je yang keluar. Akhirnya jawapan kepada persoalan itu sudah keluar daripada mulut SY sendiri:-
Saya sedar mereka rasa kurang selesa apabila Emi lebih menonjol. Bukan senang nak jaga hati mereka tetapi saya akan perjelaskan setiap hal yang saya lakukan di luar. Lagipun, bukan saya yang mahu tonjolkan Emi, pihak media yang kerap bertanyakan tentang dia, saya jawab macam biasa. Malah mereka (media) juga ada membuat temu bual dengannya.
Untuk pengetahuan anda, SY bukan sengaja nak bawak Emi ke semua event. Sebenarnya Emi adalah pengurus peribadi SY. Itu yang diusung ke sana ke mari. So sila jangan salah faham ye.
Apa-apa pun tak sabar nak menonton rancangan talkshow “SY – I follow” Jumaat ini. Mesti kelakar.

Wednesday, 29 June 2011

Sepah Hampir Berpecah Kerana Maharaja Lawak


sepah hampir berpecah
Inilah namanya tekanan. Rasanya kalau Sepah benar-benar berpecah, memang ramai yang akan kecewa. Almaklumlah lawak Sepah walaupun agak kasar tetapi memang kena dengan jiwa orang Melayu. Lawak mereka ialah lawak yang sering berlaku di dalam kehidupan seharian kita. Itu sebab mereka berjaya bergelar juara Maharaja Lawak.
Akibat tekanan untuk memberikan persembahan yang terbaik pada final Maharaja Lawak baru-baru ini, Jepp Sepah akibat terlalu tertekan mahu membubarkan kumpulan Sepah dan membawa haluan masing-masing. Rupa-rupanya semasa rehearsal pun persembahan kumpulan Sepah hanya siap separuh sahaja akibat kekeringan idea. Kata Jepp:
Kalau semuanya hendak ditegur setiap kali, memang ia cukup memenatkan. Masing-masing sudah dewasa dan tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri. Percaya atau tidak, sebelum persembahan kedua pun, kami sempat lagi bergaduh dan bertekak. Jadi mahu atau tidak, kami perlu bersatu untuk mempersembahkan idea yang menarik biarpun perlu bermasam muka dan berselisih faham
Secara individu, BikinPanas harap Sepah akan maintain berkumpulan dan jangan berpecah. Nama Sepah dah cukup kuat. Cuma sekarang ini Sepah perlu bijak mencari peluang untuk buat program mereka sendiri untuk mengekalkan momentum Maharaja Lawak. Yang penting, kena buat program lawak jugak barulah ramai yang akan tengok. Tak gitu?
Akhir kata, walaupun ramai yang bengang Jozan tak bergelar juara Maharaja Lawak, pendapat BikinPanas, Sepah sememangnya layak merangkul gelaran tersebut.

Tuesday, 28 June 2011

Pelakon kontroversi hina orang kampung

JANGANLAH HINA ORANG KAMPUNG WAHAI CIK KONTROVERSI
Macam-macam hallah si artis kontroversi yang sorang ni. Ada saja cerita hot pasal dia ni. Senyap sekejap muncul balik. BikinPanas pun ada dengar cerita tak enak pasal si pelakon ini.

Macam tak sedar diri pulak si pelakon itu apabila sudah mengecap hidup mewah bila berhijah ke Kuala Lumpur walaupun mutu lakonannya taklah seberapa hebatnya. Menyampah dengarnya.

Macam ini ceritanya. Pada satu larut malam si pelakon ini turunlah ke pasar larut malam di satu daerah di Kuala Lumpur bersama kawan-kawan dia. Tak tahulah apa yang nak dicarinya di situ.

Adalah sekumpulan peminat yang teruja bila lihat dia datang. Maka mereka mengambil kesempatan bergambar bersama pelakon itu. Bukan main suka lagi peminat tu dapat bergambar dengan si pelakon wanita popular dan kontroversi itu.

Bila peminat itu berlalu si pelakon mencebik dan berkata: "Orang kampung... tak pernah jumpa artis!"

Dia tak perasan kat belakang dia ada seorang peminat yang menunggu peluang nak bergambar dengannya. Tapi bila mendengar kata-kata carut pelakon yang memang berasal dari kampung yang jauh dari Kuala Lumpur itu, terus dia hilang hormat.

Bukan sekadar membatalkan hasrat nak bergambar, tapi dia juga buang sudah nama si pelakon itu daripada senarai artis yang diminati. Buat apa minatkan artis yang perangai buruk macam itu. Kebetulan peminat tu kenal dengan rakan rapat BikinPanas. Kepada rakan itu dia mengadu cerita.

BikinPanas: Tahu juga serba sedikit kisah hitam kehidupan pelakon itu semasa di kampung dulu. Kalau di renung kembali kisah hidup dia tu, pasti dia tak akan jadi bongkak. Tapi nak buat macam mana, kemewahan dan nama bisa membuatkan orang berubah sekelip mata.