Tuesday, 31 May 2011

Peminat KPop Mengamuk Dengan Mila Jirin & Rody Kristal

tweet kpop

Nampaknya kehadiran kumpulan Suju M ke Malaysia sempena Hari Perhimpunan Sejuta Belia minggu lepas telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan artis-artis Malaysia. Pihak penganjur seolah-olah telah menganaktirikan artis Malaysia seperti yang anda telah baca di atas. Tetapi sayangnya reaksi yang dibuat melalui Twitter oleh sesetengah artis sememangnya agak melampau sehingga menimbulkan kemarahan peminat Kpop.

tweet kpop

Mila Jirin turut terlibat di dalam perang Twitter ini tetapi semasa BikinPanas cuba mengakses Twitter Mila, akaun tersebut telah pun didelete. Mungkinkah Mila tertekan akibat hentaman bertubi-tubi daripada peminat Kpop? Namun begitu BikinPanas sempat membaca beberapa tweet daripada Mila Jiri berkaitan hal ini.
@rodykristal that y i xnak buat event tu.dah lah budget dibawah piawaian.. tak tau lah.kita dah merdeka but still dijajah. i know how u feel
Kelazzzz Kementerian Belia dan Sukan. Hari Belia Negara Malaysia, Artiste Korea Perform!! syabas KBS!!!
tak kisah jugak nak bawa sapa perform di Malaysia sbb kita semua flexible. tp Jgn lah anak watan di tolak kiri dan kanan.. dan malas lah nak ambil tau sangat… ermmm kalau Black eye peace ke beyonce ke rihana dtg kan best peace KPOP lover!!! jgn marah2 xbaik
ish2… macam la ko tak pernah miming kan? wahahahahaha! ko patut pergi SS2 or SS3 ari tu… tgk macam mana diaorang MENYANYI sambil MENARI! XP sesedap mulut ko je cakap diaorang miming huh!? try wat konsert nyanyi 30 lagu… ala…. 20 dah ler… ko jgn miming! ko nyanyi smbil menari smpai…. tak nak la cakap… kang terlebih sudah…
BikinPanas akui memang ada beberapa tweet artis Malaysia yang sememangnya agak melampau yang telah ditujukan kepada kumpulan Suju M. Namun ada betul juga kata-kata Mila tentang kenapa perlu dianaktirikan artis Malaysia. Semasa berborak dengan rakan-rakan BikinPanas, ada yang berkata “Kenapa artis Indonesia kalau masuk Malaysia korang bengang tapi artis Korea korang agung-agungkan pulak?”. Ada kelogikan jugak persoalannya di situ kan?

Kepada peminat Kpop, minat boleh tapi janganlah over fanatik sangat. Kepada artis Malaysia, tingkatkan lagi prestasi anda supaya kerajaan tak perlu panggil artis luar sebagai daya tarikan untuk apa-apa event. Kepada semua, tak perlu gaduh-gaduh sampai nak memaki hamun semua orang. Tarik nafas dalam-dalam dan tenangkan fikiran anda ye. Hidup Mpop dan hidup Kpop.

Monday, 30 May 2011

(TAHNIAH)Elly Mazlein Selamat Bertunang Dengan Azmi

gambar elly mazlein bertunang


Serius cantik gila baju Elly Mazlein yang dia pakai masa bertunang dengan Azmi. Untuk pengetahuan, Azmi ialah seorang duda anak 2 yang telah bercerai beberapa tahun lalu. So please jangan timbulkan isu rampas suami orang. Baik kita doakan kebahagiaan mereka berdua lagi bagus kan?

Tapi sebenarnya BikinPanas agak pelik dengan artis-artis kita ini. Masing-masing rasanya dah tahu kalau mereka bertunang akan mendapat liputan yang meluas. Tapi bila posing, mesti nak pegang tangan, nak peluk memeluk. Adakah mereka tak tahu bertunang bukan lesen untuk berpegang-pegangan? Masalahnya time nak posing gambar untuk media time tue la nak berpegangan. Masalah sungguh.

gambar elly mazlein bertunang

Kalau kat belakang diorang nak buat apa tue suka hatilah kan. Tapi kalau boleh time-time majlis bertunang dan time nak posing untuk gambar pertunangan, tolong la jaga sikit. Jangan sesuka hati mak ayah je nak pegang macam dah kahwin 15 tahun. Harap-harap artis yang lain yang nak bertunang sedar sikit bab-bab nie. Meluat la pulak mata ini menengok.

Apa pun tahniah kepada Elly Mazlein dan bakal suaminya. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat

(GAMBAR)Miera Liyana Yang Semakin Sopan

miera liyana



'Sopan kan Miera Liyana sekarang'?
Sapa setuju angkat tangan.
Kalau tak setuju hentak kepala kat dinding.

Sunday, 29 May 2011

(TAHNIAH)Salma Juara Mentor 5


Tahniah BikinPanas ucapkan kepada Salma dan Erra Fazira yang telah merangkul gelaran Juara Mentor 5. Jumlah markah 85 yang diperolehi oleh Salma ternyata jauh meninggalkan Shiha dan Iqa.

Walaupun mendapat rendah daripada juri awam, juri profesional dan juri SMS tidak buta dalam menilai keupayaan Salma.

Tahniah sekali lagi kepada Salma dan kepada Erra Fazira.

Monday, 9 May 2011

Remy bawa Tiz, famili shopping?


Pasangan pelakon filem Nur Kasih The Movie. Remy Ishak dan Tiz Zaqyah pernah mengatakan mereka penat menjawab soalan pasal hubungan cinta di antara mereka.

Sebaliknya baik Remy atau Tiz, masing-masing mengklasifiaksikan hubungan mereka sebagai hubungan profesional sesama artis. Cinta mereka hanya wujud di layar perak atau di layar kaca sahaja.


Apa status hubungan mereka?
Biasalah, itukan jawapan biasa yang kita dengar apabila ada dua pelakon yang dikatakan sedang menyulam cinta. Kita pun tak kisahlah apa yang ada dalam diri mereka.


Tapi yang BikinPanas nak kongsi ni bila ada yang memberitahu BikinPanas pasal kemesraan Remy dan Tiz. Ada spy Kita yang nampak Remy menemani Tiz dan keluarga keluar membeli belah di sebuah gedung besar di Subang Jaya, Kuala Lumpur.

"Aku nampak Remy dan Tiz bersama ahli keluarga membeli belah di pasaraya besar itu. Tak tahulah Remy menemani Tiz dan keluarga ataupun Remy membawa keluarga Tiz keluar bersama-sama," kata spy itu bersungguh-sungguh.

Dia ada di sana pada masa itu kerana mahu memberi keperluan yang sudah nak habis. Bila nampak orang terkenal, matanya jahatlah mencuri pandang.

Banyak juga barang yang mereka beli. Itu cerita spy BikinPanas lah. Tak tahulah pulak kan kalau ada ramai lagi orang yang bersama-sama mereka yang tidak kelihatan oleh pandangan mata si spy tadi.

BikinPanas bukanlah nak kata mereka melakukan kesalahan bila keluar membeli belah bersama-sama. Namanya kan kawan, mestilah menolong kawan kita yang memerlukan bantuan.

Tapi bila dua nama popular yang sedang menafikan hubungan, tiba-tiba dilihat keluar bersama keluarga, mestilah orang akan anggap ada sesuatu istimewa di antara mereka kan?

Kita pun tak nak lah cakap lebih-lebih pasal Remy ni. Takut nanti dia menulis posting memburukkan-burukkan kita pulak. Sebab Remy baru-baru ini hot dengan orang media.

BikinPanas: Pernah kenal Remy semasa dia baru nak jadi pelakon dulu. Sama atau lain orangnya? Biarlah kita sahaja yang tahu.