Sunday, 5 February 2012

Penyanyi Dangdut, Ani Mayuni Teruk Dipukul Suami Kerana Sarapan Pagi?

Hanya kerana sarapan pagi, habis lunyai Ani Mayuni yang popular dengan lagu dangdut dibelasah suami di rumah.

Menurut Hmetro, Ani Mayuni dalam laporan yang dibuatnya kepada polis mendakwa dia dipukul dan ditendang selain dihentak kepalanya ke bilik air oleh suaminya. Wow, itu menyakitkan bagi seorang wanita yang tidak mempunyai kudrat untuk menahannya.

Difahamkan Ani Mayuni atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman, 33, telah mengalami kecederaan yang agak teruk di bahagian kepala, leher, tangan dan dada. Namun dia bernasib baik kerana abang kandungnya yang kebetulan datang dan menyelamatkan dirinya yang sedang dipukul.

Apa yang lebih pelik, semua kejadian ini disebabkan sarapan pagi. Ani Mayuni menjelaskan bahawa sebelum kejadian itu berlaku, dia ada menghubungi suaminya untuk membelikan sarapan pagi. Namun 30 minit kemudian, suaminya yang baru pulang terus saja meluru ke bilik dan memukulnya.

Hairan kami apabila seorang suami tiba-tiba memukul isterinya hanya kerana sarapan pagi. Mustahil seorang lelaki yang waras boleh berbuat demikian. Kami yakin ketika suaminya pergi membeli sarapan pagi, ada orang yang telah membuka rahsia isterinya ataupun kemungkinan besar suaminya terhantuk tiang elektrik ketika sedang berjalan kaki membeli sarapan. Ouh, itu cuma spekulasi kami saja. Harap maklum

Saturday, 4 February 2012

Anuar Zain Diberikan RM18,859.38 Sebagai Royalti Jualan Albumnya!

Kecoh sebelum ini mengenai kes saman Anuar Zain terhadap syarikat rakaman Syncrosound Records yang tidak membayar royalti hasil penjualan 2 buah albumnya.

Keputusan mahkamah hari ini telah melayakkan Anuar Zain untuk menerima royalti dari Syncrosound Records berjumlah RM18,859.38 sebagai bayaran hasil jualan 2 buah albumnya sejak tahun 2001.

Pengiraan royalti yang digunakan oleh Mahkamah Tinggi untuk memutuskan royalti yang terhutang hanya mengambil kira jualan album yang melebih 15,000 unit sahaja. Namun begitu, Anuar Zain tidak menyatakan sebarang bantahan kepada mahkamah.

Untuk pengetahuan, pada 14 Mei 2010, Anuar Zain telah berjaya memenangi kes saman tuntutan balas terhadap syarikat rakaman Syncrosound Records.

Syarikat rakaman itu memfailkan satu saman terhadap Anuar Zain pada 21 April 2006 atas dakwaan melanggar perjanjian kontrak kerana tidak merakamkan tiga lagi album dengan syarikat itu. Namun, kes itu ditolak Mahkamah Tinggi pada 2007.

Susulan itu, Anuar pada 20 Jun 2006 memfailkan satu saman balas terhadap Syncrosound dan memohon diberikan butiran atau penyata penjualan kesemua album yang diterbitkan oleh Syncrosound selain bayaran royalti yang diperuntukkan dalam perjanjian.

Haa, padanlah dengan muka Syncrosound Records. Nak saman orang, tapi makan diri sendiri balik. Ambik!

Friday, 3 February 2012

Shaheizy Sam Dikritik ‘Bodoh’ Bercerita Tentang Politik

Sebuah video berjudul ‘Artis bodoh kutuk pakatan rakyat‘ yang menampilkan Shaheizy Sam, Osman Kering & Faizal Hussein telah menjadi viral di sejak di-uploadkan ke laman Youtube, semalam. Video berdurasi 5:27 minit ini memaparkan pandangan Shaheizy Sam & Osman Kering mengenai isu perhimpunan Bersih yang menjadi polemik politik sekitar Julai, tahun lalu.



Soalan yang ditanyakan kepada ketiga-tiga selebriti ini berbunyi, “Apa pendapat anda tentang Perhimpunan Haram Bersih?
"Sam Shaheizy membalas, “Of course, dijatuhkan hukum haram lah. Tapi kalau tujuan perhimpunan mereka untuk menyuarakan suatu benda yang elok, sudah tentu kerajaan kita takkan jatuhkan benda tu sebagai haramlah. Saya sendiri pun tak paham apa yang ingin dibersihkan. Sam dah selesa dengan apa yang ada sekarang walaupun ada kekotoran yang kecil, tetapi Sam rasa ia dah cukup bersih untuk Sam. Siapa atau di mana sahaja selagi ianya ditadbir oleh manusia, pasti ada kelemahan & kesilapan mereka sendiri. Manusia ni tidak sempurna, tapi selagi Sam merasa mereka boleh mentadbir negara kita dengan sebaik-baiknya seperti mana yang Sam berada sekarang ni, itu Sam rasa dh cukup bersih untuk Sam".
"Osman Kering pula memberikan pendapat, “Bagi saya mereka yang terlibat dengan perhimpunan haram itu adalah mereka yang tak tau apa pun. Mungkin mereka diupah atau sukarela terlibat dr awal. Tetapi bagi saya kebanyakan orang yang mengambil bahagian adalah orang yang sekadar ikut-ikutan. Penampilan mereka tidak menggambarkan orang yang ada pendirian. Mereka hanya ikut-ikutan tetapi tidak tahu apa-apa. Datuk Ambiga adalah peguam bela kes murtad. Ini adalah makhluk-makhluk yang ingin menjahanamkan negara & tidak ada arah tujuan. Manusia seperti ini harus dijauhkan dan jangan diambil kira apa pandangan mereka".
Faizal Hussein turut menambah, “Kita harus berfikir secara terbuka, jangan cepat melatah & cepat mempercayai orang-orang yang cuba menghuru-harakan Malaysia. Kita boleh berfikir & ada hak untuk mengundi bagi menentukan kerajaan kita sendiri. Kita tak seharusnya berfikir untuk menukar kerajaan tetapi kita hanya perlu membaik pulih sistem yg sedia ada.

Bagaimanapun, respon mereka bertiga sebagai rakyat Malaysia yang mengamalkan demokrasi dan kebebasan suara telah disalah tafsir oleh pihak tertentu. Pada pandangan anda, adakah mereka bodoh seperti yang didakwa oleh pihak tersebut? Ya atau tidak?

Thursday, 2 February 2012

Ibu Shila Amzah Nafikan Khabar Angin Perkahwinan Shila.

Pokok takkan bergoyang kalau tak ditiup angin kan? Zaman sekarang pun mana ada lagi orang mereka-reka gosip, that is sooo 90’s.

Terbaru, sayup-sayup terasa angin bertiup di telinga bahawa Shila Amzah sudah merancang untuk berkahwin. Dengan siapa lagi kalau bukan Sharnaaz Ahmad, jejaka kacak yang berjaya menawan hati penyanyi yang popular dengan lagu “Patah Seribu” ini.

Kalau sebelum ini, mereka berdua hanya memberitahu bahawa status mereka cuma ‘teman tapi mesra’, kemudian sudah ber-‘bee’ pula di laman Twitter. Baru-baru ini ketika di AJL 26, pasangan muda yang sedang mencipta nama dalam dunia seni hiburan ini dilihat berpegangan tangan tanpa berselindung. Auwww!

Hangat bercinta ya? Disebabkan khabar angin yang bertiup, BikinPanas dengan segera menghubungi ibu Shila untuk mendapatkan kepastian.

“Aik, macam mana awak tahu perkara yang kami sendiri belum tahu? Setakat ini tak pernah lagi kami bincangkan mengenai hal kahwin. Lagipun Shila mahu fokus dahulu terhadap kerjaya seninya.

Sekarang pun jadual dia sangat padat sehingga bulan Mei nanti,” ujar ibu Shila tergelak menafikan khabar angin tersebut.

Bukan niat kami mahu suka-suka terjah artis tanya pasal kahwin, tapi apa salahnya kalau benda yang baik seperti kahwin ini dikongsi bersama peminat, kan? Lagipun, ada lebih kurang 170 ribu ‘followers’ Twitter Shila yang sedang menunggu berita gembira ini.

Tambah ibu Shila lagi, “Buat apa nak berahsia, kalau betul perkara baik ini berlaku, kami akan kongsi dan beritahu pada umum. Benda baik kan tak elok disimpan-simpan.”

Biasalah, jawapan-jawapan begini selalu diterima kami ketika temubual. Namun jika benar Shila sudah merancang untuk berkahwin, tahniah dan moga dimurahkan rezeki. Mungkin Sharnaaz Ahmad boleh jawab mengenai spekulasi yang timbul pula selepas ini.

Shila Amzah kini sedang sibuk merakamkan single terbarunya dan sidang akhbar mengenainya akan diadakan dalam masa yang terdekat.

Cerita Di Sebalik Sesi Fotografi Zarul Umbrella Dan Siti Nurhaliza


Kalau anda dah lihat video Biografi Datuk Siti Nurhaliza yang pernah BikinPanas kongsikan suatu ketika dahulu, pastinya anda perasan akan gambar di bawah. Inilah salah satu sesi fotografi bersama lelaki yang telah dijalankan oleh Datuk Siti ketika awal kemunculannya.
zarul umbrella
Dan baru-baru ini, lelaki tersebut (Zarul Umbrella) telah menceritakan pengalamannya di hari tersebut. Ikuti kisah menarik daripada tuan punya badan di bawah:-
Mungkin ramai yang dah tahu dan mungkin juga ramai yang tak tahu cerita disebalik sesi fotografi ini.”4 jam Membisu”..(memang benar statement tu)Terlebih dahulu post ni bukanlah untuk menyinggung mana mana pihak cuma berkongsi pengalaman sajer.
Sesi foto ini adalah untuk majalah URTV bersama wartawan Joha Ahmad,pada awalnya sessi ni adalah untuk cover URTV telah dijalankan di Sungai Congkak kalau saya tak silap la..Juru make-up pula dibuat oleh juru make-up tersohor Zul Fadli.
Saya sampai pagi ditemani oleh PR saya manakalah Datuk Siti Nurhaliza ditemani oleh Ayie-abangnya,sampai sajer kami di lokasi kami terus mendaki anak tangga yang agak tinggi juga untuk ke lokasi penggambaran yang dikelolakan oleh jurugambar Jefri Iran.
Apabila sampai jer Zul Fadli make-up kan saya dan Datuk Siti, dan setelah habis make-up Zulfadli memberi beberapa pasang baju untuk saya dan Datuk Siti..Baju baju yang diberikan kepada Datuk kebanyakkannya mendedahkan bahagian betis beliau dan juga kelihatan agak jarang,beberapa helai baju telah direject oleh beliau dan ini menimbulkan sedikit ketidakpuashatian kepada Zulfadli dan Joha,kerana hampir kesemua baju telah direject dan ini mungkin membantutkan sessi foto untuk cover.
Manakala Datuk Siti pun saya tengok macam nak menangis dek kerana baju2 yang tidak sesuai dari pandangan beliau.Mengikut Zulfadli baju2 tu agak senteng(nampak betis) pasal nak sesuaikan keadaan di lokasi iaitu di kawasan air terjun.
Setelah berbincang cara baik Siti akhirnya bersetuju dengan beberapa syarat(yg saya tak pasti apa dia)dia akhirnya mengenakan 3 pasang persalinan-(dalam gambar)
Lepas tu kita pun mula la shoot..saya rasa agak kekok untuk pose kerana tak begitu mengenali Datuk pada waktu itu di tambah pula abangya Ayie ada kat depan memerhatikan kami ..fuhh memang tak selesa,saya ni pulak jenis yang susah nak bercakap ngan orang jika orang tu pun susah nak bercakap macam saya lagi lah saya tak bercakap ..last2 kami diam jer..yang sibuk memeriahkan suasana adalah si Joha dan Zulfadli yang memberi arahan pose2 yang nak dilakukan
Setelah hampir 4 jam kami pun selesai dan ternyata Joha memang tak berpuashati dengan sessi tadi,dan sebelum bersurai dia sempat berbisik pada saya kebanyakn gambar tak ‘meriah dan tak meletop’ mungkin takkan jadi cover.
Selang beberapa minggu ianya disiarkan hanya satu mukasurat jer seperti yang anda lihat tu.
Selepas dari sessi foto tu kedengaran desas desus yang Datuk Siti tak akan bergambar dengan artis lelaki ,pada saya ini adalah salah satu tindakan tegas beliau dalam menetukan hala tuju kerjaya beliau dan keputusan yang diambil itu nyata memberi impak yang baik kepada kerjaya insan seni bernama Datuk Siti Nurhaliza ni.
Saya respect la kat dia pasal dia berani menyuarakan pendapat mengenai pakaian yang harus dipakainya walaupun dia masih baru dalam bidang seni pada waktu itu
Jadi begitulah sedikit sebanyak coretan mengenai cerita disebalik gambar saya bersama biduanita seni tanah air Datuk Siti Nurhaliza.
Membaca cerita ini membuatkan respek BikinPanas bertambah tinggi kepada Datuk Siti. Sememangnya beliau mempunyai prinsipnya yang tersendiri. Dan dengan prinsip tersebut, beliau mampu berjaya. Terima kasih kepada Zarul Umbrella yang sudi berkongsi kisah ini. Layari blog Zarul Umbrella untuk lebih banyak kisah menarik.